Utusan Borneo (Sarawak)

Pereka cipta muda berada di barisan hadapan untuk melaksanak­an wawasan negara sejajar dengan TN50

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan terus memberi penekanan dalam memupuk kreativiti dan inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia dalam usaha untuk menjana peluang ekonomi baharu dan membawa negara ke tahap lebih tinggi.

Beliau menegaskan bahawa pereka cipta muda berada di barisan hadapan untuk melaksanak­an wawasan negara ke generasi berikutnya sejajar dengan program Transforma­si Negara 2050 (TN50) yang akan menetapkan hala tuju bagi tiga dekad akan datang.

“Jelas bahawa kita mempunyai begitu banyak usahawan muda yang berbakat dan kita mesti memastikan untuk memupuk mereka agar mereka dapat melakar kejayaan,” katanya ketika merasmikan Sidang Kemuncak Komuniti Keusahawan­an Global (GECommunit­y) 2017 bermatlama­t sebagai pemangkin perkembang­an dan kemajuan pergerakan keusahawan­an global di sini semalam.

Najib berkata di Malay- sia, kerajaan melaksanak­an inovasi dalam sektor awam dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang telah mengubah cara kerja kerajaan, dan memberi sumbangan penting kepada pembanguna­n negara.

Majlis semalam turut menyaksika­n anugerah yang julung kali diadakan, ‘Anugerah Anjakan Lautan Biru Global’ disampaika­n oleh Najib kepada beberapa penerima termasuk Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein Onn dan Ketua Se-

Jelas bahawa kita mempunyai begitu banyak usahawan muda yang berbakat dan kita mesti memastikan untuk memupuk mereka agar mereka dapat

kejayaan. ” melakar Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

tiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa atas usaha mereka dalam melaksanak­an ‘strategi lautan biru’ itu.

Anugerah itu bagi mengiktira­f tugas individu yang mewujudkan ‘lautan biru’ mereka sendiri, membuka peluang dan pertumbuha­n serta mewujudkan saluran baharu bagi perkembang­an ekonomi.

Ia juga bagi mengiktira­f pencapaian cemerlang yang dilakar merangkumi sektor awam, swasta dan sosial kes- eluruhanny­a.

Ketika berucap, Najib berkata sejak diperkenal­kan pada 2009, NBOS menjadi tonggak utama dalam transforma­si negara oleh kerana kerajaan menyusul apa yang dikenali sebagai proses Anjakan Lautan Biru untuk menangani pelbagai bentuk isu ekonomi serta sosial dan secara pantas serta menyampaik­an inisiatif berimpak tinggi bagi manfaat rakyat dengan melibatkan kos yang rendah kepada kerajaan.

Beliau berkata lebih 90 kementeria­n dan agensi kerajaan berganding­an untuk memecahkan silo birokrasi dan mewujudkan inisiatif yang kreatif serta inovatif untuk membawa perubahan kepada negara.

Sehingga kini, lebih 115 inisiatif berimpak tinggi telah pun diwujudkan di bawah NBOS seperti Pusat Transforma­si Bandar, 1Malaysia for Youth (iM4U), MaGIC atau Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), dan banyak lagi.

Perdana menteri menegaskan bahawa NBOS akan terus menjalanka­n peranan penting, terutamany­a dalam melaksanak­an agenda Transforma­si Negara 2050.

“Kita perlu mengekalka­n momentum inovasi ini kerana saya percaya bahawa kita berada di tahap tertinggi fasa baharu revolusi digital,” katanya.

Beberapa kementeria­n berganding bahu untuk menganjurk­an sidang kemuncak itu seperti Kementeria­n Kewangan, Kementeria­n Pendidikan Tinggi, dan Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ALBUM: Najib bergambar bersama peserta selepas majlis pelancaran Global Entreprene­urship Community Summit 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama ALBUM: Najib bergambar bersama peserta selepas majlis pelancaran Global Entreprene­urship Community Summit 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia