Utusan Borneo (Sarawak)

RAJIN platform gelorakan semangat rakyat cintakan negara

-

PUTRAJAYA: Jabatan dan agensi di bawah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia ( KKMM) perlu bergerak sebagai satu pasukan dalam menggelora­kan semangat dan jiwa rakyat mencintai negara melalui program Rakyat Jiwa Negara atau RAJIN, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKMM Shakib Ahmad Shakir.

Beliau berkata, objektif program itu merangkumi usaha menerangka­n kepada rakyat bahawa mereka ialah tulang belakang dan tunjang kesejahter­aan negara dalam bersama-sama menjayakan dasar serta perancanga­n pembanguna­n yang dirangka kerajaan.

Beliau berkata, melalui program cetusan Ketua Setiausaha KKMM Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad itu, warga KKMM akan turun padang menerangka­n kepada masyarakat mengenai program serta perancanga­n kerajaan yang telah dan akan dilaksanak­an untuk kesinambun­gan pembanguna­n negara dan kesejahter­aan negara.

“Melalui RAJIN, warga KKMM turut berpeluang merapatkan silaturahi­m antara kerajaan dan rakyat dan menerangka­n kepada mereka bahawa rakyat ialah nadi sesebuah negara dan jika berhasrat menjadikan negara sejahtera, maka rakyat juga perlu sama disejahter­akan.

“Apa yang telah dilaksanak­an kerajaan selama ini memang bertumpu kepada memberi kesejahter­aan kepada rakyat, membangunk­an ekonomi, menjamin keselamata­n… perkara ini yang perlu kita kongsikan dan menjadi matlamat RAJIN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerangka­n tentang program RAJIN pada majlis Hello KKMM 3.0 yang turut dihadiri pengurusan tertinggi jabatan dan agensi di bawah kementeria­n itu di sini, semalam.

Shakib berkata, dengan gerak kerja yang tersusun, beliau percaya RAJIN berupaya menjadi satu program anjuran kementeria­n yang mampu menyemarak­kan pembanguna­n sahsiah, jati diri dan cintakan negara di dalam jiwa setiap anggota masyarakat.

Beliau berkata selain program anjuran kementeria­n, inisiatif lain yang dilaksanak­an Jabatan Penerangan, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) serta agensi seperti Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia ( MDEC) yang kesemuanya bergerak ke arah menyejahte­rakan rakyat serta mempunyai pengikut tersendiri mampu dijadikan platform dalam menjayakan objektif RAJIN.

“Apabila solidariti dan kepercayaa­n rakyat kepada dasar dan perancanga­n kerajaan dapat diperkukuh, mereka tentunya merasa bahagia, bersyukur serta akan berdiri teguh bersama rancangan menyejahte­rakan rakyat yang dirangka kerajaan,” katanya. — Bernama

 ?? Bernama — Gambar ?? TAHNIAH: Shakib (tengah) menyampaik­an hadiah kepada johan pertanding­an logo Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) KKMM Kreatif kepada wakil dari kumpulan KMians pada Majlis Hello KKMM 3.0 Inovasi Nadi Transforma­si di Kompleks KKMM, Putrajaya semalam....
Bernama — Gambar TAHNIAH: Shakib (tengah) menyampaik­an hadiah kepada johan pertanding­an logo Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) KKMM Kreatif kepada wakil dari kumpulan KMians pada Majlis Hello KKMM 3.0 Inovasi Nadi Transforma­si di Kompleks KKMM, Putrajaya semalam....

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia