Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan pegang prinsip ‘nonrefoule­ment’ bantu pelarian Rohingya

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan memegang prinsip asas di peringkat antarabang­sa iaitu ‘non-refoulemen­t’ dalam usaha membantu etnik Rohingya yang berada di Malaysia serta memberi pelbagai bantuan lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Menurutnya, prinsip itu menjelaska­n bahawa adalah menjadi tanggungja­wab sesebuah negara untuk tidak menghantar pulang pelarian ke negara asal sekiranya kerajaan tahu bahawa pelarian itu akan dianiaya atau mungkin terbunuh di negara asal mereka melainkan mereka pulang atas kerelaan sendiri.

“Kerajaan menyedari bahawa bantuan yang diberikan sebenarnya melebihi bantuan yang diberikan oleh negara lain.

“Namun, bantuan ini diberikan atas dasar kemanusiaa­n yang kerajaan berusaha bantu etnik Rohingya dengan memberikan pelbagai bentuk bantuan sehingga mereka dihantar ke negara ketiga atau pulang ke negara asal,” katanya pada sesi soal jawab persidanga­n Dewan Negara semalam.

Beliau berkata setakat 31 Okt lepas, seramai 63,814 pelarian Rohingya berada di negara ini dan jumlah itu meningkat 1,661 orang berbanding 62,153 pelarian pada bulan sebelumnya.

Shahidan berkata kerajaan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sedang giat menghantar bantuan kemanusiaa­n kepada etnik itu yang kini berada di kem pelarian di Cox’s Bazar, Bangladesh.

Beliau berkata kerajaan telah menubuhkan hospital medan di Cox’s Bazar yang mempunyai 50 katil serta boleh menempatka­n 150 pesakit pada satu-satu masa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia