Utusan Borneo (Sarawak)

13 masjid di Terengganu dirikan solat Jumaat tanpa kebenaran

-

KUALA TERENGGANU: Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu semalam diberitahu terdapat 13 masjid di seluruh negeri ini yang dikesan mendirikan solat Jumaat tanpa kebenaran.

Pengerusi Jawatankua­sa Komunikasi, Multimedia & Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata sembilan masjid tersebut berada di daerah Besut dan masing-masing sebuah di Marang, Dungun, Kuala Nerus dan Kemaman.

Beliau berkata pada 22 Feb 2015, mesyuarat Jawatankua­sa Penasihat Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bersetuju memberi kebenaran mendirikan solat Jumaat kepada tujuh surau di Besut, tertakluk kepada beberapa syarat.

“Syarat pertama, pemohon perlu mendapatka­n sekurangku­rangnya 80 tandatanga­n pemastauti­n. Kedua, ia tidak akan menjejaska­n solat Jumaat di masjid sedia ada, tidak dibenarkan mempamerka­n sebarang simbol atau kenyataan berkaitan parti politik dan MAIDAM boleh mengawal surau tersebut.

“Permohonan kebenaran mendirikan solat Jumaat oleh surau Kampung Tok Saboh di Besut pula ditolak oleh MAIDAM kerana jaraknya dengan masjid sedia ada kurang daripada satu kilometer.

“Selain itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu ( JHEAT) pernah mengarahka­n Masjid Lama Tebing Tembah di Paka, Dungun agar tidak lagi mendirikan solat Jumaat, namun masyarakat mengingkar­i arahan itu. Sehubungan itu, Bahagian Penguatkua­saan JHEAT membuat pemantauan ke atas masjid tersebut,” katanya.

Beliau menjawab soalan lisan Mohd Iskandar Jaafar ( BN- Jabi) di persidanga­n DUN semalam.

Menjawab soalan tambahan Mohd Iskandar mengenai terdapat empat masjid mendirikan solat Jumaat dalam radius tiga kilometer sehingga menjejaska­n kehadiran jemaah di masjid lama, Ghazali berkata kerajaan negeri tidak mahu mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan masjid atau surau yang tidak mendapat kebenaran MAIDAM itu.

Sebaliknya, beliau menegaskan dakwah secara berhikmah perlu dibuat untuk menarik semula kehadiran jemaah ke masjid yang mendapat kebenaran MAIDAM sahaja.

“Sebenarnya, jumlah masjid yang mendirikan solat Jumaat tanpa kebenaran ini sudah semakin berkuranga­n hasil pendekatan berlembut diambil kerajaan negeri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia