Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Mahathir akan dipanggil berhubung isu Bugis: KPN

Polis memerlukan sedikit masa untuk melengkapk­an siasatan kes

-

SHAH ALAM: Kepimpinan Barisan Nasional (BN) Selangor dan wakil 10 badan bukan kerajaan ( NGO) semalam menyembahk­an satu deklarasi rakyat bagi menzahirka­n kesetiaan dan daulat kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah.

Setiausaha Badan Perhubunga­n UMNO Selangor Datuk Johan Abdul Aziz berkata, deklarasi itu adalah susulan daripada Perhimpuna­n Rakyat ‘Daulat Tuanku’ di Dataran Mayang, Seksyen 16 di sini, Ahad lepas, sebagai manifestas­i suara rakyat Selangor dalam menjunjung daulat baginda.

Antara inti pati deklarasi berkenaan adalah menzahir- kan rasa sokongan padu dan taat setia yang tidak berbelah bahagi dan menjunjung Sultan Selangor sebagai Raja dan ketua agama di negeri ini, katanya.

“Kami datang menyembahk­an hasil deklarasi himpunan rakyat yang disertai lebih 5,000 rakyat dari pelbagai kaum dan agama di Selangor Ahad lepas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahka­n deklarasi itu kepada Pegawai Pengiring Sultan Selangor, Komander Ahmad Ramli Kardi di pintu masuk Istana Bukit Kayangan di sini, semalam.

Johan berkata deklarasi itu antara lain menuntut tindakan tegas diambil terhadap Pengerusi Parti Pribumi Ber- satu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dan anggota DAP Datuk Zaid Ibrahim yang didakwa mengeluark­an kenyataan mengguris hati baginda.

Sultan Sharafuddi­n barubaru ini menzahirka­n rasa kecewa dengan kenyataan Dr Mahathir yang didakwa menghina etnik Bugis.

Manakala Zaid menerusi Twitter pula mempertika­i kritikan Sultan Selangor terhadap Dr Mahathir berhubung kenyataann­ya tentang masyarakat itu.

Johan berkata kerajaan negeri pimpinan PKR dilihat tidak berbuat apa-apa dalam mempertaha­nkan baginda susulan kenyataan Dr Mahathir dan Zaid. — Bernama BUTTERWORT­H: Polis akan memanggil Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merekodkan keterangan berhubung kenyataan beliau yang didakwa menghina masyarakat Bugis, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata pihaknya memerlukan sedikit masa untuk melengkapk­an siasatan kes berkenaan dan berharap ia dapat diselesaik­an secepat mungkin.

“Ini bergantung kepada keperluan pegawai siasatan tapi kita pasti akan panggil (Dr Mahathir). Kalau saya kata dalam masa terdekat ni, anda perlu beri kami masa. Kita akan selesaikan dalam tempoh masa secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Tahunan Polis Bantuan Malaysia ke-29, di sini semalam.

Dr Mahathir ketika berucap dalam satu perhimpuna­n anjuran parti pembangkan­g di Petaling Jaya pada 14 Okt lepas dikatakan cuba mengaitkan keturunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai mungkin berasal daripada lanun Bugis.

Berikutan kenyataan itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah menzahirka­n rasa murka dan amat kecewa dengan kata-kata itu yang dilihat sebagai cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap etnik Bugis yang merupakan susur galur Kesultanan Selangor.

Dalam pada itu, berhubung kenyataan yang dibuat ang-

Ini bergantung kepada keperluan pegawai siasatan tapi kita pasti akan panggil (Dr Mahathir). Kalau saya kata dalam masa terdekat ni, anda perlu beri kami masa. Kita akan selesaikan dalam tempoh masa secepat mungkin. Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Ketua Polis Negara

gota DAP Datuk Zaid Ibrahim terhadap Sultan Selangor, yang dianggap banyak pihak sebagai mempunyai unsur hasutan, Mohamad Fuzi berkata pihaknya akan memanggil Zaid untuk diambil keterangan hari ini.

Beliau berkata dua laporan polis diterima berhubung kes itu yang disiasat menurut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Menurut laporan, melalui akaun Twitternya pada 5 Dis lepas, Zaid antara lain mempertika­i kritikan Sultan Selangor terhadap Dr Mahathir berhubung kenyataann­ya tentang masyarakat Bugis.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembang­an siasatan berhubung kerugian urus niaga forex Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1990-an membabitka­n Dr Mahathir, Mohamad Fuzi berkata pasukan khas sedang menjalanka­n siasatan kes berkenaan.

“Siasatan sedang berjalan, tidak mudah. Banyak orang akan dipanggil untuk menyiapkan siasatan.

“Selepas laporan polis dibuat kami telah membentuk pasukan petugas. Pasukan itu bekerja 24 jam bagi mendapatka­n apa jua kenyataan dan apa jua yang perlu dilakukan, dengan secepat mungkin. Ini hal yang sedang berjalan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHARGAA­N: Mohamad Fuzi (tiga kiri) beramah mesra dengan pegawai serta anggota polis bantuan selepas menyampaik­an sijil penghargaa­n pada Persidanga­n Tahunan Polis Bantuan Malaysia Ke-29 di Butterwort­h semalam.
— Gambar Bernama PENGHARGAA­N: Mohamad Fuzi (tiga kiri) beramah mesra dengan pegawai serta anggota polis bantuan selepas menyampaik­an sijil penghargaa­n pada Persidanga­n Tahunan Polis Bantuan Malaysia Ke-29 di Butterwort­h semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH DEKLARASI: Johan (dua kanan) ketika menyerahka­n Deklarasi Himpunan Rakyat Selangor – Daulat Tuanku! kepada Ahmad Ramli untuk dipersemba­hkan kepada Sultan Sharafuddi­n di luar pekarangan Istana Bukit Kayangan, di Shah Alam semalam.
— Gambar Bernama SERAH DEKLARASI: Johan (dua kanan) ketika menyerahka­n Deklarasi Himpunan Rakyat Selangor – Daulat Tuanku! kepada Ahmad Ramli untuk dipersemba­hkan kepada Sultan Sharafuddi­n di luar pekarangan Istana Bukit Kayangan, di Shah Alam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia