Utusan Borneo (Sarawak)

Perjumpaan tertutup BN dan CPC bukan perkara asing

-

KUALA LUMPUR: Perjumpaan tertutup tidak rasmi antara Barisan Nasional (BN) dan Communist Party of China (CPC) baru-baru ini bukanlah perkara asing ketika berlangsun­gnya Perhimpuna­n Agung UMNO, yang diadakan untuk bertukartu­kar pandangan.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, CPC merupakan parti pemerintah yang setiap tahun dijemput untuk menghadiri perhimpuna­n agung tersebut sebelum era pentadbira­n Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak lagi.

Dalam pertemuan itu, katanya antara perkara yang disentuh adalah mengenai Rangka Tindakan 30 tahun CPC, program Transforma­si Nasional 2050 (TN50) bagi mencapai kedudukan 20 negara terbaik dunia, inisiatif ‘One Belt One Road’ ( OBOR) serta keunikan BN sebagai parti politik pelbagai kaum yang berjaya membentuk Malaysia sejak kemerdekaa­n.

“Soal ideologi langsung tidak disentuh malah keduadua belah pihak menghormat­i asas pembentuka­n parti masing-masing,” katanya dalam kenyataan semalam mengulas penyebaran gambar pertemuan tersebut di Internet.

Pada pertemuan yang berlangsun­g di Hotel Istana pada 7 Dis lepas itu, BN diwakili oleh Setiausaha Kerjanya Datuk Seri Abu Khamis bersama pemimpin parti komponen BN yang lain manakala delegasi CPC diketuai oleh Ketua Biro Terjemahan CPC Prof Dr Jia Gaojian.

Tengku Adnan berkata, CPC merupakan satu daripada 20 parti politik dari 16 negara yang dijemput bagi menghadiri majlis perasmian dan Ucapan Dasar Presiden UMNO pada perhimpuna­n agung itu.

“Jemputan kepada parti politik negara luar ke Perhimpuna­n Agung UMNO bukanlah perkara baharu, sebaliknya telah dibuat saban tahun malah dialog antara BN atau mana-mana parti komponenny­a dengan parti politik dari luar negara juga bukanlah perkara asing.

“Selain daripada dialog antara BN dan CPC, dialog serta pertemuan secara tertutup dengan parti-parti lain juga telah beberapa kali di- jalankan ketika perhimpuna­n agung tahun ini dan tahuntahun sebelum,” katanya.

Hubungan baik antara BN dan CPC bermula sejak 1974 iaitu ketika zaman pentadbira­n Tun Abdul Razak, malah pada 23 Sept 1994 ketika era pemerintah­an Tun Dr Mahathir Mohamad, Setiausaha Agung ketika itu, Tan Sri Mohamed Rahmat telah mengadakan lawatan bertemu Setiausaha Agung CPC, Jiang Zemin. — Bernama KANGAR: Penjawat awam di Perlis akan menerima bayaran khas RM1,500 manakala pesara kerajaan pula diberi RM750, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari ini dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri.

“Bayaran untuk pesara kerajaan pula sebanyak RM500 pada Januari dan RM250 menjelang hari raya,” katanya ketika membentang­kan Bajet 2018 Negeri Perlis pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Beliau berkata perkhidmat­an awam menjadi jentera utama dalam penyampaia­n dan pelaksanaa­n segala dasar dan inisiatif dari kerajaan.

“Kerana itu kerajaan amat menyanjung tinggi dan berterima kasih kepada penjawat awam yang sekian lama bersama pentadbira­n ini saling berganding­an dan lengkap melengkapi dan kerajaan sentiasa memberi pelbagai inisiatif demi membela kepentinga­n dan menjaga kebajikan mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia