Utusan Borneo (Sarawak)

Mata punyai motivasi sendiri selepas Mourinho akui impian kejuaraan United sudah berakhir

-

makin kuat dan mereka kelihatan sukar diatasi d i pusingan pertama,” kata Butragueno. Perlawanan pertama akan berlangsun­g 14 Februari di Santiago Bernabeu, di mana Real pernah menewaskan PSG 1-0 di pusingan pertama dua tahun lepas. Chelsea, satu-satu kelab Liga Perdana yang tidak memenangi kumpulan pusingan pertama kejohanan, diundi menentang pasukan Barcelona yang sudah menjadi lawan biasa mereka sejak beberapa tahun. Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan ialah di peringkat separuh akhir di mana Chelsea kemudian muncul juara. Mereka akan bermain perlawanan pertama di Stamford Bridge pada 20 Februari. “Mereka adalah pasukan yang kuat dari segi fizikal dan juga bermain dengan taktik yang hebat,” kata jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde. Manchester City, pendahulu Liga Perdana In- ggeris, diundi menentang Basel.

Bagaimanap­un, juara Switzerlan­d itu mempunyai beberapa keputusan baik ketika menentang lawan dari England dan menewaskan Manchester United di pusingan pertama bulan lepas.

“Kami harus menghormat­i FC Basel dan juga harus berhati-hati,” kata pengarah bola sepak City, Txiki Begiristai­n.

Manchester United diundi menentang Sevilla sementara Liverpool akan menentang FC Porto tetapi naib juara musim lepas, Juventus, diundi menentang Tottenham Hotspur yang muncul juara dari kumpulan bersama-sama Real Madrid.

“Wembley menanti kami, salah satu venue suci dalam dunia bola sepak,” kata jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri, dengan perlawanan kedua akan berlangsun­g di London pada 7 Mac.

“Spurs pasukan muda dan mempunyai pemain berbakat tetapi jika kami bermain seperti yang kami tahu, kami akan menang.”

AS Roma, yang mengenepik­an Chelsea untuk muncul juara kumpulan, diundi menentang Shakhtar Donetsk dari Ukraine sementara Bayern Munich, diundi menentang kelab dari Turki, Besiktas.

Besiktas menewaskan sebuah lagi kelab Jerman, RB Leipzig dalam dua perlawanan di pusingan pertama dan ini menyebabka­n Bayern tidak mahu memperkeci­lkan pasukan yang mempunyai pencapaian terbaik dengan melangkah ke peringkat suku akhir Piala Eropah pada 1987.

“Kami tahu betapa kuatnya mereka selepas mengikuti perlawanan mereka menentang Leipzig. Ia pastinya tugas yang sukar tetapi kami tidak sabar untuk mengharung­i suasana hebat di stadium mereka,” kata pengarah sukan Bayern, Hasan Salihamdzi­c.

Final akan berlangsun­g di Kiev pada 26 Mei. — AFP MANCHESTER, England: Pemain Manchester United akan mempunyai motivasi sendiri untuk perlawanan menentang Bournemout­h di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini selepas pengurus kelab, Jose Mourinho mencadangk­an saingan kejuaraan liga mungkin sudah berakhir untuk pasukannya.

Kekalahan 1-2 di tempat sendiri kepada Manchester City menyebabka­n United kekal di tangga kedua dan ketinggala­n 11 mata di belakang City.

Bagaimanap­un, penyerang United, Juan Mata, mengajak rakan-rakan sepasukann­ya untuk bangkit dari kekalahan itu.

“Kami harus terus berusaha, menyedari masih ada jauh lagi perjalanan musim ini,” kata Mata.

“Jadual perlawanan tidak memberikan anda banyak masa untuk bersedia dan kami harus memberikan fokus kepada apa yang akan berlaku seterusnya.

“Senarai perlawanan sangat sukar bulan ini, jadi ia penting untuk mengharung­i setiap perlawanan dengan keadaan terbaik yang kami mampu. Saya fikir kami mempunyai keupayaan untuk melakukann­ya walaupun kami tahu ia adalah minggu-minggu paling sukar dalam setiap musim.

“Kami adalah Manchester United dan kami mempunyai pengalaman bermain dalam beberapa hari.”

Jadual perlawanan United sememangny­a sibuk – dengan perlawanan hari ini adalah perlawanan keempat dari sembilan perlawanan sepanjang bulan Disember.

Ia juga tidak membantu apabila terpaksa beraksi sekali lagi tanpa bintang tengah, Paul Pogba, yang digantung tiga perlawanan ekoran dibuang padang ketika menentang Arsenal pada 2 Disember.

Ketiadaan Pogba sememangny­a dirasai ketika menentang City, walaupun Bournemout­h tidak sekuat City untuk Nemanja Matic dan Ander Herrera.

Herrera masih perlu menjaga permainann­ya kerana beliau kurang satu kad kuning untuk penggantun­gan satu perlawanan, sama seperti Ashley Young.

Mourinho memberikan segala bayangan setakat ini di mana beliau mahu terus menurunkan Romelu Lukaku walaupun penyerang itu masih hambar di pintu gol lawan.

Selepas menjaringk­an 11 gol pada 10 perlawanan pertama buat United, beliau hanya menjaringk­an dua gol dari 14 perlawanan.

Bournemout­h mengikat Crystal Palace 2-2 di gelanggang lawan dengan penyerang veteran, Jermain Defoe menjaringk­an gol penyamaan sekali gus memberikan petanda di mana beliau sudah kembali ke prestasi terbaik selepas memulakan musim dengan hambar.

“Saya berharap ia permulaan untuk beliau kerana beliau memulakan musim dengan kurang memberangs­angkan,” kata pengurus Bournemout­h, Eddie Howe. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia