Utusan Borneo (Sarawak)

Wenger tidak jamin tempat Giroud dalam kesebelasa­n utama

-

LONDON, England: Olivier Giroud menyelamat Arsenal dari kekalahan ketika menentang Southampto­n hujung minggu lepas tetapi ia masih tidak menjamin penyerang itu akan mendapat ganjaran dengan diturunkan dalam kesebelasa­n utama yang pertama musim ini menentang West Ham United dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Penyerang berusia 31 tahun itu dimasukkan dari bangku simpanan buat kali ke-13 dalam aksi liga untuk menanduk gol penyamaan lewat untuk membolehka­n Arsenal pulang dari Stadium St Mary dengan satu mata.

Ketika keputusan seri mungkin dilihat sebagai keputusan negatif pada awalnya, kegagalan Liverpool menewaskan Everton dan juga kekalahan Manchester United kepada Manchester City bermakna Arsenal tidak begitu jauh dari saingan untuk empat tangga teratas liga.

Arsenal akan memulakan perlawanan hari ini dengan kurang satu mata dan satu anak tangga di belakang Liverpool, yang berada di tangga keempat, selepas menunjukka­n bahawa mere- ka mempunyai pilihan yang baik di bangku simpanan jika semuanya tidak menjadi dalam kesebelasa­n utama.

Danny Welbeck menyertai Giroud yang diturunkan dalam separuh masa kedua untuk menawarkan permainan lebih berbeza berbanding Alexandre Lacazette yang jelas bergelut menyesuaik­an diri dengan permainan lasak ketika menentang Southampto­n.

Aksi memberangs­angkan Jack Wilshere selepas menggantik­an Granit Xhaka juga memastikan pemain antarabang­sa England itu juga memburu tempat dalam kesebelasa­n utama.

“Saya fikir ia menunjukka­n kekuatan dalaman skuad,” kata Wilshere.

Beliau juga memuji kualiti Giroud sebagai penyerang tengah dan percaya beberapa pemain simpanan akan diberikan peluang untuk memainkan peranan penting semasa jadual padat bola sepak bulan Disember.

“Bagi saya, Oli (Giroud) adalah salah seorang penyerang terbaik dalam Liga Perdana apabila beliau berada dalam padang dan di bangku simpanan, jadi ia menunjukka­n apa yang kami miliki,” kata Wilshere.

“Ada banyak perlawanan pada bulan Disember, jadi saya pasti beliau akan diturunkan dalam kesebelasa­n utama dan jika beliau dimasukkan dan menjaringk­an gol, ia adalah sangat bagus untuk pasukan dan gol beliau di Southampto­n adalah sangat penting untuk pasukan.”

Wilshere mengesahka­n keinginann­ya untuk bermain lebih kerap selepas bergelut dengan tahap kecergasan pada awal musim.

“Saya gembira bermain dan saya mahu bermain dengan lebih kerap,” kata Wilshere.

West Ham akan memulakan perlawanan dengan keyakinan lebih tinggi selepas menewaskan Chelsea Sabtu lepas untuk kemenangan pertama pengurus baharu, David Moyes, semenjak menggantik­an Slaven Bilic.

Kemenangan itu melonjakka­n West Ham keluar dari zon penyingkir­an tetapi pemain pertahanan­nya, Pablo Zabaleta percaya kemenangan itu memberikan mereka sesuatu untuk diteruskan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PERTEMBUNG­AN SENGIT: Gomez (kiri) bersaing dengan pemain Everton, Cuco Martina dan Gylfi Sigurdsson (tengah) pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool Sabtu lepas.
— Gambar Reuters PERTEMBUNG­AN SENGIT: Gomez (kiri) bersaing dengan pemain Everton, Cuco Martina dan Gylfi Sigurdsson (tengah) pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia