Utusan Borneo (Sarawak)

Kunjungan West Brom berikan peluang Liverpool untuk bangkit, tegas Gomez

-

LIVERPOOL, England: Pemain pertahanan Liverpool, Joe Gomez menggesa rakan sepasukann­ya untuk bangkit selepas seri pada perlawanan menentang Everton hujung minggu lepas apabila menanti kunjungan West Bromwich Albion hari ini.

Liverpool seri 1-1 dengan Everton di Anfield walaupun menguasai permainan dengan tendangan penalti Wayne Rooney mengikat gol pembukaan Mohamed Salah.

Satu mata itu mengekalka­n Liverpool di tangga keempat tetapi 16 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.

Gomez percaya kunjungan West Brom beberapa hari selepas keputusan seri itu memberikan Liverpool peluang untuk bangkit segera, walaupun jika West Brom bermain dengan permainan bertahan yang sama seperti Everton.

“Ia adalah salah satu perkara positif,” kata Gomez.

“Sememangny­a ia sukar, ia jadual yang sukar tetapi ia memberikan anda peluang untuk cuba bangkit segera.

“Kami harus mengambil perkara positif dari perlawanan berjiran ini dan saya fikir kami mempamerka­n aksi yang baik dan tahu kepentinga­n perlawanan dan apa maknanya. Kami melakukan yang terbaik.

“Kami melihatnya beberapa kali di Anfield musim ini – orang tahu ancaman serangan kami dan kami agak leka, terutama sekali kerana kami begitu pantas ketika serangan mengejut.”

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, dikritik kerana tidak menurunkan Philippe Coutinho dan Roberto Firmino dalam kesebelasa­n utama ketika menentang Everton.

Kedua-dua pemain dijangka akan kembali dalam kesebelasa­n utama hari ini selepas dimasukkan sebagai pemain gantian lewat ketika menentang Everton.

Gomez sering berdepan Coutinho, Firmino selain Salah dan Sadio Mane dalam sesi latihan dan berkata kualiti pemain serangan Liverpool mengagumka­n.

“Kadang-kadang mereka melakukan sesuatu yang hebat,” kata Gomez.

“Ia bukan saya tidak biasa, anda menjangkak­annya kerana anda tahu mereka cukup bagus. Kualiti mereka tidak pernah menurun. Ia adalah salah satu kelebihan berada di kelab seperti Liverpool.”

Liverpool akan menilai tahap kecergasan penyerang Daniel Sturridge untuk perlawanan di Anfield selepas tidak beraksi menentang Everton kerana kecederaan hamstring.

West Brom berkunjung ke Anfield tanpa kemenangan dari 14 perlawanan liga dan pengurus baharunya, Alan Pardew hanya mengutip satu mata dan tanpa gol dari dua perlawanan pertama. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia