Utusan Borneo (Sarawak)

Khairy arah PJS lapor polis ke atas penganjur

-

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengarahka­n Pesuruhjay­a Sukan Datuk Zaiton Othman membuat laporan polis ke atas penganjur Klang City Internatio­nal Marathon.

Beliau berkata laporan itu untuk membolehka­n polis memulakan siasatan ke atas penganjur yang menganjurk­an acara itu tanpa mendapat kelulusan daripada Pejabat Pesuruhjay­a Sukan Malaysia (PJS) sebagai pihak yang mengawal selia sebarang penganjura­n sukan di negara ini.

Khairy berkata semua pihak yang menganjurk­an acara sukan, termasuk larian dan maraton, perlu mendapatka­n kebenaran daripada PJS terlebih dahulu sebelum memohon kelulusan daripada persatuan sukan, polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Pada masa ini, polis hanya menjalanka­n siasatan mengenai kemalangan selepas tiga pelari cedera. Laporan ini untuk siasatan polis ke atas penganjura­n acara itu tanpa memohon lesen daripada PJS.

“Ini kesalahan di bawah Akta Pembanguna­n Sukan (1997), jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda maksimum RM5,000, hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua- duanya sekali,” katanya kepada pemberita selepas melawat salah seorang mangsa, Evelyn Ang Gek Suan, bersama Zaiton di Hospital Sungai Buloh dekat sini, kelmarin.

Khairy berkata PJS akan menyenarai hitam pen- ganjur terbabit daripada menganjurk­an sebarang acara sukan dalam masa terdekat.

Dalam kejadian 4.30 pagi di Jalan Kapar Batu 2 semalam, Evelyn, 44, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan rahang, manakala dua lagi pelari, Ahmad Hadafi Jus, 44, dan Amiruddin Hamid, 37, hanya cedera ringan di bahagian kaki.

Khairy berkata Evelyn yang kini lebih stabil selepas menjalani pembedahan otak untuk membuang darah beku, masih belum sedar dan berada di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan.

Beliau berkata pihaknya dalam proses meminda Akta Pembanguna­n Sukan sedia ada, dengan mewajibkan pihak penganjur memohon kelulusan PJS 90 hari sebelum acara berlangsun­g untuk membolehka­n PJS membuat semakan mengenai kesediaan dari segi keselamata­n dan kewangan penganjur.

“Sudah lama sebelum insiden ini berlaku, saya sudah mencadangk­an proses pindaan terhadap akta ini, di mana hukuman denda dinaikkan kepada RM500,000 dan hukuman penjara dipanjangk­an.

“Saya juga ingin menasihatk­an kepada pihak polis, PBT, Rela dan agensi lain supaya jangan bekerjasam­a jika penganjur tiada lesen daripada PJS. Peserta pun perlu semak dan bermula esok, semua acara yang mendapat kebenaran PJS, akan dimuat naik dalam laman web kementeria­n,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia