Utusan Borneo (Sarawak)

Sukan teras: Angkat berat, sepak takraw dan taekwondo digugurkan

-

Real Madrid intai kejuaraan kelima di Abu Dhabi Wenger tidak jamin tempat Giroud dalam kesebelasa­n utama Chelsea diundi menentang Barca selepas tamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga kedua KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumka­n angkat berat, sepak takraw dan taekwondo digugurkan daripada senarai sukan teras negara berikutan prestasi buruk serta tidak menunjukka­n sebarang peningkata­n.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas Kementeria­n Belia dan Sukan ( KBS) dan Majlis Sukan Negara ( MSN) membuat semakan semula termasuk kajian mendalam terhadap prestasi ketiga- tiga sukan tersebut sejak 2007.

Katanya prestasi yang semakin merosot selain pelbagai masalah disiplin seperti kegagalan beberapa atlet sukan itu dalam ujian doping adalah punca utama angkat berat digugurkan, sementara sepak takraw dan taekwondo digugurkan kerana tidak menunjukka­n peningkata­n prestasi.

“Prestasi angkat berat negara semakin merosot dan atlet- atlet menghadapi masalah disiplin dengan tujuh kes doping dilaporkan Agensi Anti Doping Dunia ( WADA) sejak empat tahun lepas. Sepak takraw pula dari aspek pembanguna­n tidak sangat diberi tumpuan dan ranking dunia digugat oleh negara- negara baharu.

“Pencapaian taekwondo kita pula sangat tidak memuaskan. Sukan ini tidak mempamerka­n pencapaian yang positif dan kemelut sukan taekwondo masih gagal menyatukan penggiat sukan itu,” katanya.

Khairy berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatan­gani perjanjian penajaan 100PLUS bersama Bandar Sukan Kuala Lumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Sehubungan itu, Khairy berkata tindakan itu menyaksika­n tiga sukan terbabit turut digugurkan pada Sukan Malaysia ( SUKMA) 2018 di Perak serta penglibata­n dalam pelbagai program MSN dan Kementeria­n Pendidikan akan dihadkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia