Utusan Borneo (Sarawak)

MarcoteM t yakinki b bawa ‘L ‘Lang M Merah’h’ t terbangb ti tinggii

-

ALOR SETAR: Ketua jurulatih Kedah, Ramon Marcote Pequeno begitu teruja membawa pasukan Lang Merah ‘terbang tinggi’ selepas menandatan­gani kontrak perjanjian selama setahun bersama pasukan itu.

Marcote, 40, juga berkeyakin­an tinggi kepulangan­nya ke pasukan Lang Merah sangat dinanti-nantikan pemain dan penyokong pasukan Kedah yang mahukan sentuhanny­a setelah meninggalk­an pasukan itu pada 2015.

“Saya amat gembira kerana saya tahu negeri ini, pemain dan juga masyarakat di sini. Saya percaya peminat dan pemain juga gembira kerana sejak dua tahun lepas prestasi pasukan meningkat. Saya berasa yakin dengan sokongan daripada presiden, kelab dan penaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatan­gani kontrak ketua jurulatih skuad Liga Super Kedah 2018 di Wisma Darulaman di sini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah serta Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar.

Marcote juga tekad merencanak­an yang terbaik untuk pasukannya itu serta tidak akan menghampak­an penyokong Lang Merah seperti pernah dilakukan pada 2015 sehingga Kedah muncul antara pasukan terhebat dan layak ke final Piala Malaysia.

“Saya akan berusaha sedaya upaya menjalanka­n tanggungja­wab saya, meningkatk­an prestasi pasukan sama ada pemain tempatan dan juga pemain import. Saya akan pastikan Kedah muncul pasukan terbaik di Malaysia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia