Utusan Borneo (Sarawak)

Sambir Bistari ungguli Liga Samarahan

-

KUCHING: Saingan Liga Samarahan/Lea Sports Centre ( LSC) 2017 melabuhkan tirai pada minggu lalu menyaksika­n Sambir Bistari dinobatkan juara.

Selepas menempuh enam perlawanan, skuad itu gah menamatkan saingan di puncak liga dengan mengutip 12 mata hasil dari tiga kemenangan dan tiga seri.

Sambir Bistari mengesahka­n mahkota kejuaraan milik mereka selepas mengikat Cape United tanpa jaringan pada perlawanan terakhir di Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak ( IPGTAR) hujung minggu lalu.

Naib juara milik Kapaku FC yang terpisah satu mata ( 11 mata) mencatat tiga kemenangan berbanding dua kali seri.

Manakala, pasukan Cape United akur di tempat ketiga meskipun turut mengumpul 11 mata namun dibezakan dengan jumlah jaringan berbanding naib juara.

Dalam pada itu, Lariwoo FC menduduki tempat keempat juga mengumpul 11 mata dengan perbezaan jaringan.

Satu lagi pesaing, Ocean Eagle Samarahan di tempat kelima dengan mengumpul sembilan mata manakala Tebelu S2 United ( empat mata) di tempat keenam dan Simunjan N. 25 tempat ketujuh tanpa sebarang mata.

Kejayaan itu membolehka­n Sambir Bistari membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, piala pusingan, piala iringan, pingat berserta baucar berjumlah RM1,000.

Kapaku FC menerima hadiah wang tunai RM2,000, piala, pingat dan baucar berjumlah RM800. Pasukan Cape United menerima wang tunai RM1,000, piala, pingat dan baucar berjumlah RM500.

Manakala wang tunai RM500, piala, pingat dan baucar berjumlah RM300 menjadi milik Lariwoo FC.

Penyampaia­n hadiah disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Muara Tuang, Datuk Idris Buang.

Hadir sama Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan ( PBBS), Mohd Iskana Bujang dan Temenggung Chek Bujang.

 ??  ?? KAMI JUARA: Pemain-pemain dan pegawai-pegawai pasukan Sambir Bistari bersama Idris (tengah), Iskana (empat kanan) dan tetamu lain meraikan kejayaan mereka.
KAMI JUARA: Pemain-pemain dan pegawai-pegawai pasukan Sambir Bistari bersama Idris (tengah), Iskana (empat kanan) dan tetamu lain meraikan kejayaan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia