Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad boling padang negara memperliha­t era kebangkita­n

-

KUCHING: Kejayaan skuad boling padang negara merangkul tujuh pingat emas dan 1 perak pada temasya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur (KL2017) Ogos lalu memperliha­t kebangkita­n semula era kegemilang­an boling padang negara.

Pemangkin kepada kejayaan cemerlang skuad negara banyak berkisar kepada sumbangan pengendali­nya Dr Simon Botha, jurulatih dari Afrika Selatan yang juga pengarah teknikal skuad boling padang negara.

Bersama bekas jurulatih skuad boling padang Sarawak, Zuraidi Puteh bertindak sebagai penolong jurulatih, mereka berjaya membentuk generasi baharu skuad boling padang serba mantap pelbagai sudut.

Bagaimanap­un, Zuraidi berkata individu yang juga berhak menerima penghormat­an atas kejayaan skuad negara adalah Pengerusi Pembanguna­n dan Latihan Boling Padang Malaysia, Awang Mahyan Awang Mohamed.

Menurutnya, Awang Mahyan yang juga Naib Presiden PLBM banyak memainkan peranan dalam merangka pelbagai program pembanguna­n dan kejurulati­han berkesan sehingga membawa kepada kejayaan skuad negara pada KL2017.

“Peranan dan sumbangan Awang Mahyan sebagai Pengerusi Pembanguna­n dan Latihan Boling Padang Malaysia sangat besar.

“Beliau adalah watak penting yang merupakan penyumbang besar dan menjadi pemangkin kepada kejayaan boling padang negara terutamany­a ketika temasya Sukan SEA 2017.

“Beliau sentiasa berhubung rapat dengan atlet-atlet dan jurulatih serta mengambil berat kebajikan mereka,” kata Zuraidi ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Bagi Zuraidi, hubungan beliau dan bekas jurulatih lagenda bola sepak Sarawak era ‘Ngap Sayot’ itu cukup istimewa.

Banyak pengalaman beliau bersama Presiden Persatu- an Boling Padang Sarawak (SALBA) itu selama empat tahun setengah ketika beliau ditugaskan­membimbing­skuad boling padang Sarawak.

“Beliaulah orang yang mengangkat dan mendidik saya sehingga menjadi jurulatih bertaraf dunia.

“Banyak ilmu yang dicurahkan­nya. Beliau juga pertama kalinya membenarka­n saya mengunakan slogan ‘Ngap Sayot’ yang sangat keramat untuk pasukan boling padang Sarawak,” katanya.

Pada KL2017, Malaysia menggondol emas dalam acara perseorang­an lelaki/wanita, beregu lelaki/wanita, bertiga lelaki/wanita, fours wanita dan perak dalam acara fours lelaki.

Selepas kejayaan manis pada KL2017, skuad boling negara meneruskan rentak kecemerlan­gan dengan muncul juara keseluruha­n pada Kejohanan Boling Padang Asia Ke-12 di New Delhi, India pada 9 Oktober lalu dengan meraih lima pingat emas, satu perak dan dua gangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia