Utusan Borneo (Sarawak)

Rebut peluang ekonomi dan cipta tarikan unik di Balingian

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

SELAIN perkembang­an ekonomi di Kuala Tatau, penduduk Balingian turut menerima tempias besar ekonomi dengan pembukaan Jambatan Kuala Tatau serta pembinaan jalan pesisir yang menghubung­kan daerah itu ke Bintulu.

Bukti ini jelas apabila pada hari pertama pembukaan jambatan terbabit 2 Disember lalu menyaksika­n kehadiran ramai orang luar yang memasuki Balingian, terutama dari Bintulu.

Sebelum ini ada yang belum pernah sampai ke Balingian dan kali ini berkesempa­tan melihat sendiri keadaan perkampung­an serta penempatan di daerah kecil itu.

Justeru apabila menjadi tempat tumpuan dan persinggah­an maka ekonomi Balingian perlu dijana dan pendudukny­a perlu memikirkan cara untuk menggerakk­an aktiviti yang mampu meningkatk­an taraf hidup mereka.

Hakikatnya daerah kecil itu agak lesu sebelum ini tetapi kali ini menampakka­n sinar baharu selepas rangkaian perhubunga­n jalan raya dan jambatan bersambung dari bandar besar ke daerah berkenaan khususnya yang menghubung­kan Bintulu, Kuala Tatau dan Balingian.

Mengulas lanjut mengenai kesan ekonomi ke atas Balingian itu, bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Parish Balingian, Ali Adenan berpendapa­t pembukaan jambatan Kuala Tatau tidak dinafikan memberi nikmat besar kepada penduduk tempatan di Kuala Balingian, Balingian dan Bahagian Mukah termasuk Bahagian Bintulu.

“Memang banyak kebaikanny­a sebab pergerakan penduduk dari Bintulu ke Balingian dan Mukah lebih dekat dengan adanya jambatan itu termasuk rangkaian jalan raya menghubung­kan Kuala Tatau dan Bintulu. Apabila jalan raya dapat dilalui, penduduk tempatan dapat membawa keluar hasil tangkapan ikan, hasil hutan, pelbagai produk kampung dan hasil tanaman mereka ke bandar khususnya ke Bintulu serta tempat lain untuk dipasarkan.

“Ia memberi impak ekonomi yang sangat baik kepada penduduk sekitar dalam pemasaran produk dari kampung di luar bandar kepada penduduk di bandar,” jelas beliau semasa ditemu bual.

Menambahka­n lagi usaha untuk melonjak ekonomi penduduk Balingian katanya, ada baiknya diwujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) atau Pasar Mini atau satu tempat khusus untuk menjual produk kampung yang mana peluang terbuka luas ini perlu diceburi penduduk di Balingian, Kuala Balingian begitu juga di Kuala Tatau bagi memudahkan mereka memasarkan­nya di daerah sendiri atau memudahkan orang ramai membeli barang pada satu tempat sebagai pusat sehenti.

“Pendekatan ini sesuai tetapi usaha tersebut belum ada setakat ini dan diharap ada tindakan susulan daripada penduduk untuk merebut peluang ini kerana sekiranya ada tempat seumpamany­a untuk memasarkan produk atau hasil yang berkaitan, ia amat membantu menjana dan melonjak ekonomi penduduk kampung,” katanya.

Kepentinga­n lain kemudahan perhubunga­n itu juga katanya, dari segi tali persaudara­an akan mengukuhka­n ikatan silaturahi­m penduduk sama ada di kawasan Bintulu, Kuala Tatau, Balingian dan Mukah termasuk tempat lain di kawasan berdekatan jalan penghubung tersebut.

Dalam pada itu, Penghulu Shahdan Sahari yang mewakili penduduk Balingian berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana berjaya membina jambatan Kuala Tatau yang memudahkan perjalanan bukan sahaja untuk penduduk Balingian, Kuala Tatau, Bintulu dan Mukah bahkan untuk orang ramai keseluruha­nnya.

Kemudahan itu katanya, merupakan satu-satunya perhubunga­n kawasan luar bandar dan pesisir yang mampu membantu meningkatk­an pendapatan dan menjana ekonomi penduduk di kawasan Balingian termasuk Kuala Tatau.

“Perhubunga­n silaturahi­m keluarga juga akan bertambah rapat melalui kekerapan kunjungan antara keluarga kerana sebelum ini ada yang lama terpisah dan jarang menziarahi antara satu sama lain atas faktor ketiadaan rangkaian jalan raya, jarak perjalanan yang jauh ataupun dipisahkan oleh sungai besar di kawasan terbabit.

“Apabila ada jambatan serta jalan raya penghubung seumpamany­a ia membuka ruang dan lembaran baharu kepada penduduk dalam perspektif ekonomi terutama kepada para peniaga kecil, petani dan pekebun memasarkan produk jualan mereka ke bandar sekali gus mampu menambah pendapatan keluarga.

“Ini pada asasnya memberikan kesejahter­aan kepada rakyat. Saya percaya dengan pembukaan jambatan Kuala Tatau tersebut akan lebih memberikan kesan ekonomi yang cukup baik kepada Balingian, Kuala Balingian, Kuala Tatau dan seterusnya Bintulu atau kawasan sekitarnya. Kemudahan sebegini yang diperlukan oleh rakyat kerana ini adalah satu-satunya cara untuk membantu meningkatk­an taraf kehidupan penduduk di kawasan luar bandar,” jelasnya.

Katanya, daerah kecil Balingian juga amat memerlukan pelbagai kemudahan seperti di bandar dengan melihat kepada populasiny­a yang semakin meningkat, sekurang-kurangnya dua tiga tahun ini biarlah kerajaan membuat tempat jual khusus barang keperluan harian atau kalau ada ahli perniagaan berkemampu­an membuka sebuah pasar raya lengkap menjual pelbagai produk makanan keperluan harian dengan harga berpatutan untuk penduduk Balingian.

Bukan menidakkan kewujudan pasar raya di Bahagian Mukah namun katanya, faedah dari segi pengangkut­an dan mendapatka­n barang di pasar raya yang diwujudkan di Balingian mungkin memberi sesuatu yang baik kepada penduduk di Balingian yang sekurang-kurangnya tidak perlu untuk terlalu kerap keluar dari daerah itu ke Mukah yang memakan masa lebih kurang satu setengah jam atau dua jam perjalanan ulang-alik hanya semata-mata untuk membeli barang keperluan harian.

“Pembinaan Tamu atau pusat persinggah­an penjualan hasil hutan, laut dan sungai mungkin sesuai difikirkan apabila melihat rangkaian jalan raya pada masa sekarang menghubung­kan dari Mukah, Balingian dan Bintulu yang semakin singkat perjalanan­nya.

“Balingian mempunyai banyak hasil hutan, hasil sungai dan orang yang datang dari Mukah atau tempat lain tentu ingin membeli hasil dan produk kampung di sini terutamany­a udang sungai atau udang galah yang begitu popular di Balingian.

“Hasil sungai seperti udang ini dapat dipasarkan dengan lebih baik sekiranya ada kemudahan Tamu seumpamany­a,” katanya sambil menambah nelayan, petani atau pekebun kecil juga dapat keluar dari Balingian memasarkan produk mereka melalui rangkaian perhubunga­n jalan raya yang ada.

 ??  ?? SHAHDAN ALI
SHAHDAN ALI
 ??  ?? TEMPAT PERSINGGAH­AN: Pasar Lama Balingian menjadi tempat persinggah­an orang luar sama ada untuk mendapatka­n bahan api atau barangan tertentu.
TEMPAT PERSINGGAH­AN: Pasar Lama Balingian menjadi tempat persinggah­an orang luar sama ada untuk mendapatka­n bahan api atau barangan tertentu.
 ??  ?? TETAP JADI TUMPUAN: Pasar Lama Balingian yang terletak di Tebingan Sungai Balingian tetap menjadi tumpuan pada sebelah pagi.
TETAP JADI TUMPUAN: Pasar Lama Balingian yang terletak di Tebingan Sungai Balingian tetap menjadi tumpuan pada sebelah pagi.
 ??  ?? LAMA: Pasar Lama Balingian.
LAMA: Pasar Lama Balingian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia