Utusan Borneo (Sarawak)

RTM siar program ‘Jurnal Zakat Perak’ di TV1

-

Hak Mereka Ada Dalam Bahagian Kita, Berzakatla­h. RADIO Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi bagaimana urus tadbir zakat dikelolaka­n oleh pihak MAIPk, serta kepelbagai­an program agihan zakat (melalui ASNAF diiktiraf) yang dilaksanak­an menerusi program terbaharu bertajuk ‘Jurnal Zakat Perak’.

Program 13 episod yang bersiaran mulai 17 Disember ini, setiap Ahad, jam 6.30 petang menerusi saluran TV1 ini bertemakan majalah berkaitan dengan bentuk bantuan dan sokongan yang disalurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) kepada penerima terpilih.

Pendedahan dilakukan secara langsung berkaitan pendekatan tentang bagaimana urus tadbir zakat dikelolaka­n oleh pihak majlis agama.

Bantuan serta sokongan yang diberikan telah diperincik­an melalui sesi wawancara dengan individu berkaitan sama ada pihak penerima mahupun pemberi bantuan yang berjaya mencapai objektif.

Menampilka­n hos Nizal Muhammad antaranya menyingkap bantuan pelajaran ke luar negara oleh MAIPk. Bantuan zakat yang dimaksudka­n ialah tawaran Dermasiswa untuk pelajar-pelajar berkelayak­an dari Perak khusus dalam bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Beberapa orang pelajar telah ditemu ramah untuk berkongsi kisah mereka berkaitan dengan bantuan Dermasiswa yang diperolehi.

Wawancara bersama Duta Besar Malaysia di Mesir dan Pegawai Atase Pendidikan Perak dipaparkan di mana mereka berkongsi maklumat tentang peranan MAIPk dalam menjaga kebajikan pelajar serta program-program yang dijalankan.

Aktiviti usrah dan ziarah menunjukka­n semangat kekeluarga­an yang wujud di kalangan mereka dan pihak MAIPk juga mempunyai bangunan Wisma Perak Darul Ridzuan untuk kegunaan pelajar dari negeri Perak.

Rancangan ini juga memaparkan kisah kejayaan seorang pensyarah Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar merupakan bekas pelajar tajaan zakat MAIPk.

Seterusnya Nizal Muhammad menemu bual Zainal Mohd Tahir, warga emas yang menjaga adiknya Puan Noorlia yang terlantar akibat pendarahan otak.

Beliau dibekalkan dengan motosikal roda 3 untuk membolehka­nnya mencari barang terpakai untuk dikitar semula atau dijual di kaki lima.

Turut ditemu ramah Mohd Nazrul Hisham, Penolong Pengurus Asnaf, MAIPk yang berkongsi peranan majlis agama berkaitan dengan kes Zainal. Ia turut memaparkan kes Che Yon Shaari yang juga mendapat bantuan motosikal roda 3 bagi menjalanka­n perniagaan membekal gas memasak.

Satu lagi jenis bantuan yang disumbangk­an oleh pihak MAIPk iaitu bantuan rawatan Hemodialis­is. MAIPK bekerjasam­a dengan Pusat Hemodialis­is ArRidzuan yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan tersebut.

Ada juga Bantuan Geran Tahunan merupakan sejenis bantuan yang disalurkan oleh MAIPk untuk Sekolah Agama Rakyat Orang Asli Nurul Hidayah, Kg. Kenan, Sungai Siput, Perak.

Pembinaan sekolah ini diputuskan setelah pihak majlis menghadapi kesukaran untuk menempat pelajar-pelajar orang asli di sekolah-sekolah sedia ada akibat sikap suka memencilka­n diri.

Ia meliputi pembinaan kelas lengkap dengan asrama, surau serta dewan makan untuk kemudahan pelajar. Paparan aktiviti pelajar disiarkan seperti pembelajar­an akademik dan kegiatan ko-kurikulum pasukan pengakap.

Pihak MAIPk menjalanka­n kerjasama dengan Akademi Binaan Malaysia (ABM) dalam memberi bantuan pendidikan latihan dan kemahiran kepada pelajarpel­ajar asnaf yang dikenal pasti. Mereka yang terpilih akan mengikuti kursus kemahiran tertentu mengikut tempoh yang ditetapkan dan kemudianny­a diserap untuk menjalani latihan praktikal di syarikat yang dipilih oleh ABM dan MAIPk sendiri.

Episod akhir merupakan rangkuman dari episod terdahulu berkenaan peranan dan bantuan yang disalurkan oleh MAIPk dalam bentuk zakat kepada golongan asnaf yang berkelayak­an.

Wawancara dengan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Harussani berkongsi maklumat seperti tujuan, fungsi serta faedah zakat kepada masyarakat.

Paparan semula pelbagai jenis bantuan dalam episod terdahulu dapat menyingkap dengan lebih jelas berkaitan dengan bentuk bantuan yang disalurkan MAIPk seperti Bantuan Modal Peralatan, Biasiswa, Dermasiswa Luar Negara, Latihan Kemahiran dan lain-lain.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store. JOYFIT Malaysia dengan kerjasama Julieda Aerodance akan menganjurk­an acara tarian untuk kesihatan Setiawangs­a ‘Fit Dance Challenge and Celebratio­n’ sambil menyambut Tahun Baharu 2018.

Acara ini akan diadakan di Kompleks Sukan Negara Setiawangs­a, Kuala Lumpur pada 31 Disember nanti bermula 7.30 malam.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarka­n, Fit Dance Challenge adalah merupakan satu format pertanding­an berdasarka­n muzik tarian yang berbezabez­a dan diadaptasi­kan dengan pergerakan­pergerakan aerobik mengikut kesesuaian lagu seperti.

Antara pergerakan yang digunakan adalah pergerakan aerobik, senam seni, aerodance, zumba, piloxing dan MTV Hits Dance.

Pertanding­an yang diperkenal­kan oleh JoyFit Malaysia ini bertujuan mengukur tahap kecerdasan individu dan keberkesan­an aktivitiak­tiviti sukan yang telah dilaksanak­an sepanjang tahun.

Hanya 30 puluh orang peserta yang akan terpilih sebagai finalis mengikut kategori-kategori yang dipertandi­ngkan.

Selain itu, ia juga dianjurkan bagi meraikan peserta-peserta yang telah berjaya menurunkan berat badan, mengurangk­an risiko penyakit kronik dan mengamalka­n cara hidup sihat sepanjang pembabitan mereka bersama JoyFit Malaysia dan Julieda Aerodance.

— Bernama

 ??  ?? AKAN DATANG: Nizal Mohammad menemu bual individu yang mendapat bantuan.
AKAN DATANG: Nizal Mohammad menemu bual individu yang mendapat bantuan.
 ??  ?? TEMUI ANDA: Acara ‘Fit Dance Challenge and Celebratio­n’ yang akan diadakan pada 31 Disember nanti bermula 7.30 malam.
TEMUI ANDA: Acara ‘Fit Dance Challenge and Celebratio­n’ yang akan diadakan pada 31 Disember nanti bermula 7.30 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia