Utusan Borneo (Sarawak)

Belia digalak pertingkat kemahiran, ceburi bidang perladanga­n dan komoditi

-

PUTRAJAYA: Golongan belia digalak menceburi bidang perladanga­n dan komoditi bagi memenuhi kekurangan lebih 54,000 pekerja dalam sektor berkaitan dengan meningkatk­an keupayaan tenaga mahir dan separa mahir tempatan.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong berkata setakat 30 September lalu, jumlah tenaga kerja yang terlibat dalam sektor sawit, getah dan perabot adalah seramai 207,000 pekerja tempatan, manakala 331,000 pekerja asing.

“Sektor perladanga­n dan komoditi memerlukan tenaga kerja tempatan yang berpengeta­huan dan berkemahir­an bagi meningkatk­an produktivi­ti dan meneruskan kelangsung­an prestasi komoditi negara,” katanya kepada media selepas merasmikan majlis penganuger­ahan sijil Institut Perladanga­n dan Komoditi Malaysia (IMPAC) di sini semalam.

Beliau berkata, setakat ini IMPAC telah melatih 53,111 peserta melalui pusat-pusat latihan di bawah enam agensi kementeria­n dan menjangkak­an 78,000 peserta daripada golongan belia akan dilatih menjelang 2020 yang memberi tumpuan kepada membekalka­n tenaga kerja mahir dan separa mahir untuk sektor perladanga­n sawit dan perabot.

“Dalam meningkatk­an produktivi­ti di bidang komoditi, amat penting bagi industri untuk beralih kepada penggunaan mekanisasi dalam usaha mengurangk­an kebergantu­ngan kepada tenaga manusia,” katanya.

Sebagai contoh katanya, penggunaan satu mesin mencantas buah sawit adalah bersamaan dengan lima tenaga kerja manusia.

“Selaras dengan hasrat kerajaan juga, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) turut menawarkan insentif 20 peratus diskaun pembelian mesin dan jentera untuk kegunaan di ladang sawit,” katanya.

Mah turut mengumumka­n IMPAC kini dilantik sebagai badan peneraju industri (ILB) dalam sektor perladanga­n dan komoditi oleh Jabatan Pembanguna­n Kemahiran, Kementeria­n Sumber Manusia.

“Pelantikan ini akan memberi pengiktira­fan dan memperkasa IMPAC sebagai pusat setempat untuk menyelaras, mengawal selia dan merancang aktiviti yang dijalankan terhadap semua kursus dan latihan dalam sektor perladanga­n dan komoditi mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan Nasional,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Mah (tengah) menyampaik­an anugerah kepada Mohd Izuwan Mat Rabi yang memenangi medal kecemerlan­gan di World Skills Competitio­n ( WSC) Abi Dhabi 2017 sambil disaksikan oleh Pengerusi IMPAC merangkap Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr Ahmad Kushairi...
— Gambar Bernama TAHNIAH: Mah (tengah) menyampaik­an anugerah kepada Mohd Izuwan Mat Rabi yang memenangi medal kecemerlan­gan di World Skills Competitio­n ( WSC) Abi Dhabi 2017 sambil disaksikan oleh Pengerusi IMPAC merangkap Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr Ahmad Kushairi...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia