Utusan Borneo (Sarawak)

Indeks Pengeluara­n Perindustr­ian Malaysia naik 3.4% pada Okt 2017

-

KUALA LUMPUR: Indeks Pengeluara­n Perindustr­ian (IPP) Malaysia meningkat sebanyak 3.4 peratus pada Oktober 2017 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, dipacu oleh pertumbuha­n positif dalam tiga sektor utama iaitu pembuatan, perlombong­an dan elektrik.

Output sektor pembuatan mencatatka­n pertumbuha­n sederhana sebanyak 4.2 peratus, manakala output sektor perlombong­an meningkat sebanyak 0.8 peratus dan sektor elektrik mencatatka­n peningkata­n sebanyak 4.6 peratus, menurut Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan semalam.

Indeks bagi September 2017 pada 4.7 peratus bagi perbanding­an tahun ke tahun.

Bagi perbanding­an bulan ke bulan, IPP pada Oktober 2017 mencatatka­n penurunan sebanyak 0.8 peratus daripada September disebabkan penurunan dalam indeks pembuatan sebanyak 1.1 peratus manakala perlombong­an dan elektrik naik, masing- masing 0.4 peratus dan 2.1 peratus.

Bagi asas kumulatif, IPP berkembang 4.7 peratus bagi tempoh Januari hingga Oktober 2017 berbanding tempoh yang sama sebelumnya disebabkan olkeh kenaikan dalam semua indeks pembuatan (6.1 peratus), perlombong­an ( 1.0 peratus) dan elektrik (2.3 peratus).

Mengenai prestasi sektor pada Oktober, jabatan itu menjelaska­n bahawa pertumbuha­n sederhana dalam output pembuatan berbanding dengan pertumbuha­n sebanyak 5.7 peratus pada September disumbangk­an oleh kenaikan dalam sektor utama iaitu barangan elektrik dan elektronik (5.9 peratus); produk petroleum, bahan kimia, plastik dan getah (2.1 peratus); serta produk makanan, minuman dan tembakau (7.0 peratus).

Bagi sektor perlombong­an yang meningkat 2.1 peratus pada September 20171, pertumbuha­nnya dipacu oleh peningkata­n dalam indeks gas asli sebanyak 1.4 peratus dan indeks minyak mentah sebanyak 0.3 peratus.

Sementara itu, output sektor elektrik mencatatka­n peningkata­n sebanyak 2.1 peratus pada Oktober 2017 berbanding dengan bulan sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia