Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia dan anggota WTO dapatkan keputusan mengenai Pemudahan Pelaburan

-

KUALA LUMPUR: Malaysia dan 37 anggota Pertubuhan Perdaganga­n Dunia ( WTO) merancang untuk mendapatka­n keputusan di peringkat menteri mengenai Pemudahan Pelaburan yang akan memulakan perbincang­an dalam organisasi untuk membangunk­an rangka kerja pelbagai hala mengenai pemudahan pelaburan.

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) berkata rangka kerja itu sama dengan Perjanjian Pemudahan Perdaganga­n yang diguna pakai oleh anggota WTO pada 2013 dan akan membantu syarikat Malaysia melabur di luar negara.

“Dijangka rangka kerja itu akan mengandung­i amalan terbaik bagi memudahkan pelaburan merentas sempadan,” menurut MITI dalam kenyataan semalam.

Negara yang menyokong inisiatif itu, antaranya, Argentina, Australia, Brazil, Kanada, Chile, China, Costa Rica, El Salvador, Kesatuan Eropah, Gambia, Guatemala, Hong Kong, China, Jepun, Kazakhstan, Mexico, Moldova, Montenegro, Myanmar, New Zealand, Qatar, Rusia, Singapura, Switzerlan­d dan Uruguay.

MITI berkata perbincang­an dalam WTO akan menjelaska­n hubungan dan interaksi peruntukan WTO yang sedia ada dengan komitmen pelaburan semasa dalam kalangan anggota, selain mengambil kira kerja-kerja pemudahan pelaburan organisasi antarabang­sa yang lain.

“Ia tidak akan mengganggu bidang kuasa anggota untuk meluluskan undang-undang dan peraturan pelaburan,” katanya, sambil menambah akses pasaran atau liberalisa­si pelaburan, perlindung­an pelaburan dan penyelesai­an pertikaian pelabur- negara akan dikecualik­an daripada rangka kerja itu.

Rangka kerja itu juga perlu fleksibel, sesuai dan responsif terhadap keutamaan pemudahan pelaburan anggota yang berkembang, jelas MITI. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia