Utusan Borneo (Sarawak)

Saham OldTown naik 7 peratus susulan berita pengambila­lihan

-

KUALA LUMPUR: Saham OldTown Bhd, rangkaian kafe terkemuka Malaysia, melonjak tujuh peratus hari ini dengan berita syarikat Belanda, Jacobs Douwe Egberts Holdings Asia NL B.V (JDE Asia), memulakan proses pengambila­lihan syarikat pada RM3.18 sesaham.

Pada sesi petang, saham OldTown pada RM3.09, naik 21 sen atau 7.29 peratus dengan 2.89 juta unit bertukar tangan selepas mencecah paras tertinggi harian pada RM3.17 sebelum itu.

Dalam satu kenyataan daripada CIMB Investment Bank Bhd, bagi pihak JDE Asia, menyatakan bahawa berdasarka­n kepada 463.24 juta saham OldTown yang belum selesai pada 11 Disember dan harga tawaran RM3.18, jumlah untuk tawaran itu ialah RM1.473 bilion.

Harga tawaran mewakili premium sebanyak 10.42 peratus berbanding harga transaksi terakhir saham OldTown pada 7 Dis.

JDE Asia, anak syarikat milik penuh tidak langsung JDE BV yang berpangkal­an di Belanda, terlibat dalam perniagaan kopi dan teh di seluruh dunia, berhasrat untuk membuat tawaran itu dengan tujuan untuk menyahsena­rai dan menjadikan OldTown persendiri­an.

CIMB berkata untuk memberikan jaminan pembiayaan yang diperlukan, sebanyak US$370 juta (atau kira-kira RM1.512 bilion) telah didepositk­an oleh JDE ke dalam akaun eskrow dengan sebuah bank di Singapura mengikut syarat- syarat pengaturan eskrow.

Sehingga 30 Sept, 2017, OldTown mengendali­kan 232 kafe yang terdiri daripada 189 di Malaysia, sembilan di Singapura, 27 di Indonesia, setiap satu di Australia dan Hong Kong, tiga di China, dan dua di Myanmar.

Syarikat itu yang mengendali­kan cawangan kafenya di bawah jenama OldTown White Coffee, disenaraik­an di Bursa Malaysia pada 2011. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia