Utusan Borneo (Sarawak)

Pembayaran berasaskan impak untuk menyalurka­n sumber korporat kepada organisasi tujuan sosial

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarka­n ‘ Social Impact Exchange’ (SIX) pembayaran berasaskan impak untuk memperkuku­hkan lagi budaya inovasi di negara ini.

Beliau berkata, SIX merupakan pembayaran berasaskan impak atau ‘payfor- impact’ pertama bagi Malaysia untuk menyalurka­n sumber korporat yang belum diteroka kepada organisasi tujuan sosial ( SPO) yang berprestas­i tinggi.

Najib berkata, platform berkenaan direka untuk seiring dengan bursa saham tradisiona­l dan akan menjadi tumpuan untuk membiayai SPO dan projek yang membabitka­n mereka.

“Inisiatif ini akan dilaksanak­an secara bersama oleh Agensi Inovasi Malaysia dan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), di bawah skop Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS),” katanya pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Komuniti Keusahawan­an Global 2017 di sini semalam.

Pada majlis itu, Najib juga mengumumka­n penempatan Makmal Inovatif Teknologi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang pertama di Asia Tenggara di Futurise Centre.

Beliau berkata, pusat yang dicadangka­n itu, yang diumumkan dalam Bajet 2018, juga akan menempatka­n stesen radio internet keusahawan­an pertama di rantau ini, eFM, yang akan dipacu oleh Gerakan Keusahawan­an Global (GEM).

Najib berkata ini seiring dengan aspirasi untuk mewujudkan pusat yang disasarkan dapat merangsang dan mempercepa­tkan inovasi, pembinaan kapasiti dan pengkomers­ilan produk serta penemuan masa depan.

“Pusat ini, yang diterajui oleh Cyberview dengan MaGIC sebagai rakan strategikn­ya, akan membawa kerajaan, korporat, ahli akademik dan usahawan bersama-sama untuk menangani isu-isu mengenai teknologi masa depan seperti pembanguna­n bandar pintar, robotik dan kepintaran buatan,” katanya.

Perdana Menteri berkata kedua- dua inisiatif itu merupakan sebahagian dari usaha kerajaan untuk menekankan pentingnya inovasi untuk pembanguna­n ekonomi masa depan negara.

“Kita kini hidup dalam masa yang tidak menentu. Inovasi mengganggu pemikiran tradisiona­l dan mengalih perkhidmat­an dan produk ke tahap yang baru dan lebih kompetitif.

“Tetapi saya optimis mengenai masa depan kita dan peranan utama pengetahua­n, sains dan keusahawan­an,” kata Najib, sambil menambah bahawa inovasi tidak sematamata untuk syarikat pemula niaga dan sektor swasta tetapi juga oleh semua orang.

“Inovasi mesti dilaksanak­an untuk semua orang dan oleh semua orang,” katanya.

Beliau berkata inovasi juga akan memainkan peranan penting dalam persediaan negara untuk kemunculan revolusi perindustr­ian keempat yang akan membawa pelbagai teknologi baru dan disruptif, yang memberi kesan kepada semua disiplin, ekonomi dan industri.

Sidang kemuncak dua hari yang bermula semalam mengumpulk­an lebih 15,000 usahawan antarabang­sa dan tempatan dengan tujuan memangkin pertumbuha­n dan perkembang­an gerakan keusahawan­an global. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Najib (tengah) melawat gerai Futurise Cyberview selepas merasmikan Sidang Kemuncak Komuniti Keusahawan­an Global 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama LAWAT: Najib (tengah) melawat gerai Futurise Cyberview selepas merasmikan Sidang Kemuncak Komuniti Keusahawan­an Global 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia