Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit akan cecah tahap psikologi 4.0

-

KUALA LUMPUR: Ringgit mempunyai ruang untuk meningkat berbanding tahap sekarang, memandangk­an negara memiliki prinsippri­nsip asas yang kukuh termasuk harga minyak mentah yang stabil serta keluaran dalam negara kasar dan pertumbuha­n eksport yang lebih baik, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Wira Othman Aziz.

Beliau yakin ringgit akan melanggar tahap psikologi pada 4.0, semasa suku pertama tahun 2018.

Di pasaran pertukaran wang asing semalam, ringgit telah didagangka­n pada 4.0740 berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada 4.0750 yang direkodkan kelmarin.

“Ringgit mula mengukuh pada setiap hari. Nilai saksama seharus lebih baik dan mudah-mudahan menjelang akhir tahun dan pada suku pertama 2018, kita akan dapat melihat mata wang tempatan itu berprestas­i lebih baik.

“Bagaimanap­un, faktor-faktor luaran juga akan mempengaru­hi pergerakan ringgit. Jika segala-galanya tidak berubah, contohnya kadar faedah AS, kita sewajarnya melihat ringgit yang lebih kukuh, tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita semasa Simposium Tahunan Ketiga mengenai Kewangan Islam di sini semalam.

Terdahulu dalam ucapan beliau, Othman berkata SDG adalah konsisten dengan matlamat hasil Syariah, yang memberi tumpuan kepada peningkata­n kesejahter­aan masyarakat, melalui pemelihara­an kekayaan, iman dan akal.

“Dalam konteks perniagaan kewangan Islam, pemelihara­an kekayaan adalah melangkaui makna literalnya, kerana ini termasuk galakan untuk menghasilk­an, mengumpul dan mengagihka­n kekayaan secara adil.

“Dengan semangat ini, Bank Negara Malaysia telah memperkena­lkan ‘ Kertas Strategi Pengantara­an berdasarka­n Nilai untuk mempromosi pemerhatia­n Syariah yang lebih holistik, melangkaui pematuhan Syariah serta memperkuku­hkan peranan dan kesan perbankan Islam ke arah ekosistem kewangan yang mampan,” katanya.

Sementara itu, Othman menggesa pihak- pihak berkepenti­ngan untuk berusaha dan mencapai objektif SGD dalam usaha Malaysia mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai pemimpin hab kewangan Islam.

“Pihak kerajaan, melalui dasar-dasarnya telah menyediaka­n suatu struktur insentif bagi peneraju industri untuk mencapai matlamat berkenaan. Di sisi lain, penggiat industri juga dijangka dapat bekerja dengan penuh kejujuran tanpa menyalahgu­nakan sistem bagi memihak kepada mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia