Utusan Borneo (Sarawak)

RAM lancar buku baharu bagi promosikan pertumbuha­n kewangan Islam

-

KUALA LUMPUR: RAM Holdings Bhd mahu terus mempromosi­kan pertumbuha­n dan pembanguna­n kewangan Islam melalui penerbitan keduanya, ‘ Islamic Finance – The New Normal’, yang telah, dilancarka­n oleh Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Wira Othman Aziz.

RAM Holdings dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n di Simposium Tahunan Ketiga mengenai Kewangan Islam, semalam, memberitah­u buku itu memberikan penekanan ke atas perkembang­an, cabaran dan potensi pasaran dalam industri kewangan Islam yang semakin berkembang.

Pengerusin­ya, Tan Sri Siti Norma Yaakob, berkata buku itu akan melengkapk­an terbitan sulung agensi penarafan kredit berkenaan, ‘Sukuk Handbook’, yang dikeluarka­n pada 2009.

“Buku tersebut merupakan alat rujukan yang berguna dan komprehens­if bagi peneraju pasaran, ahli akademik dan pelajar-pelajar mengenai industri kewangan Islam secara keseluruha­n.

“Ia merangkumk­an aspek teknikal utama dan ulasan mengenai isu- isu tertentu oleh pihak berkuasa, pertubuhan, penggiat industri dan profesiona­l,” katanya.

Siti Norma berkata penerbitan itu menghimpun­kan artikel yang disusun oleh personalit­i dalam dunia kewangan, antara lain, dari Universiti Global Kewangan Islam, Bank Negara Malaysia, Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia, Pusat Pembanguna­n Islam Global Bank Dunia serta Khazanah Nasional Bhd.

“Penerbitan itu juga mengetenga­hkan isu-isu semasa seperti gangguan digital, teknologi kewangan, pertumbuha­n hijau dan pembanguna­n modal insan,” katanya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia