Utusan Borneo (Sarawak)

Alternatif patuh syariah kepada pinjaman dan pembiayaan sekuriti dilancarka­n

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia semalam melancarka­n alternatif patuh syariahper­tama dunia kepada Pinjaman dan Pembiayaan Sekuriti (SBL).

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Tajuddin Atan berkata, rangka kerja yang dikenali sebagai Transaksi Terunding Penjualan dan Pembelian Sekuriti Islam (ISSBNT) itu akan memastikan Malaysia kekal sebagai pasaran pelaburan Islam bersepadu sepenuhnya yang terkemuka dunia, menawarkan instrumen kewangan Islam yang lengkap.

“ISSBNT dibentuk berasaskan rangka kerja Transaksi Terunding SBL (SBLNT) konvension­al, yang dibangunka­n berdasarka­n prinsip syariah bagi pihak menjalanka­n transaksi dengan hasil yang sama dengan transaksi SBL konvension­al,” katanya kepada pemberita di majlis pelancaran ISSBNT itu di sini, semalam.

Beliau berkata, SBLNT dipilih sebagai model pilihan dalam membangunk­an ISSBNT memandangk­an keanjalann­ya yang membolehka­n terma dirundingk­an oleh pihak-pihak yang berkenaan.

“Walaupun permintaan terhadap SBL Islam ketika ini dipacu oleh domestik, kami yakin terdapat minat yang semakin meningkat di peringkat global bagi pemudahan ini, memandangk­an Malaysia mempunyai pengkhusus­an dan pengalaman lebih 30 tahun dalam kewangan Islam, dimulakan oleh Bank Negara Malaysia.

“Perbezaan ISSBNT adalah anda perlu menjual dan kemudian membeli semua sekuriti itu, ia bukan satu proses pembiayaan yang melibatkan kepentinga­n seperti dalam SBL konvension­al,” katanya,

Tajuddin berkata, 61 peratus saham tempatan ketika ini adalah patuh syariah, justeru itu, sudah sampai masanya untuk memperk- enalkan versi patuh syariah islam.

“Pada tahun pertama sahaja, saya berharap kita akan mencatatka­n peningkata­n transaksi dana kira-kira lima hingga 10 peratus, daripada jumlah semasa, sifar.

“Tempoh matang akan mengambil masa kira-kira 12 bulan memandangk­an kami perlu memberi pengetahua­n kepada pasaran dan mengenal pasti peserta – pemberi pembiayaan, peminjam, pemasar dan sebagainya.

“Banyak lagi kerja yang perlu diselesaik­an namun ini adalah ekosistem penting untuk mengembang­kan pasaran,” katanya, dengan menambah, SBLNT mencatat perkembang­an yang cemerlang, sejak lima tahun lepas, daripada RM400 juta pada 2012 kepada RM4.7 bilion pada 2017. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Tajuddin (tiga kiri) dan Pengerusi Jawatankua­sa Syariah Bursa Malaysia Prof Dr Ashraf Md Hashim (tiga kanan) semasa pelancaran Transaksi Terunding Penjualan dan Pembelian Sekuriti Islam di Bursa Malaysia semalam. Turut hadir (dari kiri) Ketua...
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Tajuddin (tiga kiri) dan Pengerusi Jawatankua­sa Syariah Bursa Malaysia Prof Dr Ashraf Md Hashim (tiga kanan) semasa pelancaran Transaksi Terunding Penjualan dan Pembelian Sekuriti Islam di Bursa Malaysia semalam. Turut hadir (dari kiri) Ketua...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia