Utusan Borneo (Sarawak)

CIDB cadang MyCESMM diwajibkan bagi pemaju pembinaan menjelang 2020

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mencadangk­an agar pemaju pembinaan diwajibkan mengikuti piawaian ditetapkan Ukuran Kaedah Piawai Kejurutera­an Awam Malaysia ( MyCESMM) sepenuhnya menjelang 2020.

Ketua Eksekutif, Datuk Ir Ahmad Asri Abdul Hamid berkata, walaupun masih di peringkat awal, langkah itu dilihat perlu untuk memastikan tahap keselamata­n dan kualiti projek pembinaan dalam sektor awam dan swasta di negara ini menepati piawaian antarabang­sa, di samping mengelakka­n risiko seperti penipuan kos.

“MyCESSM mampu mengurangk­an masalah seperti ketidakser­agaman harga tender oleh pihak kontraktor, di samp- ing memastikan ia berada pada tahap kompetitif,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian seminar “Fast Forward with MyCESMM” di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini semalam.

Seminar bertemakan ‘Terima Pakai Piawaian dalam Kerja- kerja Infrastruk­tur’ itu dirasmikan oleh Timbalan Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan turut dihadiri Pengerusi CIDB Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali.

Ahmad Asri juga berharap CIDB dapat mencapai Indeks Petunjuk Prestasi sekurangku­rangnya lima projek pembanguna­n mengguna pakai garis panduan MyCESMM dalam setahun, selari dengan sasaran Program Transforma­si Industri Pembinaan (CITP).

CITP merupakan inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mentransfo­rmasikan sektor pembinaan dalam tempoh 2016 hingga 2020, katanya.

Terdahulu, dalam ucapan perasmian, Rosnah berkata MyCESSM mempunyai objektif khusus untuk menggalakk­an amalan terbaik dalam penyeragam­an dan pengukuran bagi kejurutera­an sivil, di samping mengurangk­an kekeliruan mengenai ukuran, huraian atau definisi mengenai item yang disebut harga dalam sesuatu kontrak.

Beliau berkata, berdasarka­n standard MyCESMM, setiap kontraktor yang memasuki tender projek akan mendapat maklumat dan pemahaman yang sama mengenai kerja yang akan dilakukan.

Dalam majlis yang sama, CIDB turut menandatan­gani Memorandum Persefaham­an dengan Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Dewan Bandararay­a Kuala Lumpur serta Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia ( REHDA) untuk mengguna pakai MyCESSM dalam penyediaan bil kuantiti bagi projek kejurutera­an sivil dalam industri pembinaan Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia