Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli keluarga, kenalan Ullah dijejaki polis

-

DHAKA: Pegawai di Bangladesh cuba menjejaki keluarga besar dan sebarang kenalan Akayed Ullah, seorang lelaki Bangladesh yang menurut pihak berkuasa Amerika Syarikat ( AS) meletupkan bom paip buatan sendiri dalam sebuah hab komuter yang sesak di New York City kelmarin.

“Polis sedang mencari keluargany­a, tetapi setakat ini mereka tidak dapat mengesan mereka,” kata Abul Khair Nadim, Pengerusi Majlis Kesatuan Musapur, sebuah badan kerajaan tempatan dalam daerah Chittagong di selatan Bangladesh, di mana keluarga Ullah berasal.

Ketua polis Bangladesh memberitah­u Reuters lewat kelmarin, Ullah, 27, tidak ada rekod jenayah di negara asalnya, yang dia kali terakhir lawati pada September lalu.

Ullah tinggal bersama ibu, saudari dan dua saudaranya di Brooklyn dan merupakan seorang pemegang kad hijau, kata Shameem Ahsan, konsul jeneral Bangladesh di New York.

Ahmad Ullah, seorang ahli keluarga Ullah, yang dijejaki Reuters semalam, berkata bapa sepupunya sudah berhijrah ke ibu negara Bangladesh, Dhaka, bersama keluargany­a bertahun-tahun yang lalu.

Dia berkata bapa Ullah meninggal dunia kira-kira lima tahun lalu, dan Ullah mendapat pengajian sekolah awam biasa di Bangladesh sebelum dia berhijrah ke AS.

Ullah meledakkan bom buatan sendiri yang diikat pada badannya, dalam sebuah koridor pejalan kaki bawah tanah di antara Times Square, New York, dengan Terminal Bas Lembaga Pelabuhan pada waktu kemuncak pagi, menyebabka­n dirinya sendiri cedera parah serta tiga mangsa lain dalam kejadian yang disebut Datuk Bandar New York Bill de Blasio sebagai satu cubaan serangan pengganas. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia