Utusan Borneo (Sarawak)

Pemberita selebriti NY dipecat

-

NEW YORK: Majalah The New Yorker kelmarin berkata ia telah memecat Ryan Lizza, pemberita selebriti yang terkenal susulan wawancara yang membawa kepada pemecatan penasihat Rumah Putih Anthony Scaramucci, berhubung ‘kelakuan seksual yang tidak wajar’.

Majalah berprestij itu tidak memberi maklumat terperinci mengenai dakwaan terhadap Lizza, 43, tokoh media terbaharu menghadapi gelombang dakwaan pencabulan seksual sejak beberapa minggu lalu yang telah menjatuhka­n tokoh hiburan dan politik terkenal dari pelbagai spektrum.

“The New Yorker barubaru ini dimaklumka­n Ryan Lizza terbabit dalam apa yang kami percaya adalah kelakuan seksual yang tidak wajar,” menurut majalah tersebut.

“Kami sudah meneliti semula perkara itu dan hasilnya, memutuskan hubungan dengan Lizza.

“Di atas sebab permintaan bagi privasi, kami tidak akan mengulas lanjut.”

Dalam kenyataan kepada media Amerika Syarikat (AS), Lizza berkata pemecatan itu dibuat terburu-buru tanpa siasatan sepenuhnya ke atas fakta relevan membabitka­n seorang wanita yang sedang menjalin hubungan dengannya.

“Saya kecewa kerana The New Yorker telah membuat keputusan untuk menggambar­kan hubungan hormat saya dengan seorang wanita sebagai tidak wajar,” Lizza dipetik sebagai berkata.

“The New Yorker tidak dapat memetik sebarang dasar syarikat yang dilanggar.”

Firma guaman yang mewakili penuduh Lizza, yang enggan dikenali, mengeluark­an kenyataan sendiri, dan menolak versinya bagi kejadian yang berlaku dan berkata salah laku Lizza sama sekali bukan ‘hubungan hormat’ seperti apa yang dia kini cuba gambarkan.

“Anak guam saya melaporkan tindakan Lizza untuk memastikan dia dipertangg­ungjawabka­n dan berharap dengan tampil, dia akan membantu mangsa lain yang berpotensi,” kenyataan itu menambah.

CNN, di mana Lizza turut menjadi penyumbang, menyatakan penulis itu tidak akan muncul dalam saluran berita itu sementara siasatan dibuat.

Pada awal tahun ini, laporan Lizza hasil wawancaran­ya dengan Scaramucci telah menamatkan karier singkat pegawai perbankan Wall Street veteran itu di Rumah Putih.

Wawancara itu sarat katakata kesat di mana bekas pengurus dana lindungan itu bertahan 10 hari sahaja di Rumah Putih. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia