Utusan Borneo (Sarawak)

Pembelot tentera AS maut di Jepun

-

TOKYO: Charles Jenkins, pembelot tentera Amerika Syarikat (AS) yang tinggal lebih empat dekad di negara komunis Korea Utara dan mengahwini seorang wanita Jepun yang diculik Pyongyang, mati pada usia 77 tahun, kata pegawai semalam.

Menurut akhbar harian Asahi Shimbun, anak perempuann­ya menemuinya rebah di luar rumah mereka kelmarin dan menghubung­i perkhidmat­an kecemasan.

Dia kemudian mati akibat masalah jantung di sebuah hospital di kota utara Sado, menurut kerajaan tempatan.

Dia membelot dalam keadaan mabuk pada suatu malam1965l­alumenyebe­rangi sempadan yang dikawal ketat.

Dia kemudian menyatakan dia takut dihantar ke Vietnam dan menyangka Korea Utara akan menghantar­nya balik.

S e b a l i k n y a d i a menghabisk­an masa 39 tahun di Pyongyang, di mana dia mengajar bahasa Inggeris kepada kadet pengintip dalam loghat Carolina Utara dan berlakon sebagai penjahat Yankee dalam filem propaganda.

Pada 1980, dia mengahwini Hitomi Soga, yang diculik ejen Korea Utara semasa era Perang Dingin.

Soga dibenarkan pergi ke Jepun pada 2002 dan Jenkins mengikutin­ya dua tahun kemudian bersama dua anak perempuan mereka yang dilahirkan di Korea.

K e r a j a a n J e p u n memberikan­nya status penduduk tetap dan dia tinggal di bandar asal Soga di Sado, pulau indah di Laut Jepun.

Dalam kenyataan kerajaan tempatan semalam, Soga menyebut dia amat terkejut dengan kematian suaminya dan tidak dapat memikirkan perkara lain.

Datuk Bandar Sado M o t o h i r o M i u r a menyampaik­an ucapan takziah, di mana dia menyebut Jenkins bekerja di sebuah kedai cenderamat­a dan menyumbang kepada pelanconga­n tempatan.

Selepas pergi ke Jepun, Jenkins dihukum mahkamah tentera AS kerana membelot tetapi hanya dikurung selama 30 hari.

Ejen Korea Utara menculik Soga dan beberapa warga biasa lain dari Jepun pada 1970-an dan 1980-an untuk melatih pengintip dalam bahasa dan budaya Jepun.

Pada 2002, Korea Utara mengakui menculik 13 orang awam Jepun tetapi kerajaan di Tokyo percaya sekurangku­rangnya 17 telah diculik.

Sebulan kemudian, lima termasuk Soga dibenarkan pulang ke Jepun.

Pyongyang mendakwa lapan lagi mangsa culik sudah mati tetapi tidak mengemukak­an bukti kukuh.

Isu itu memburukka­n lagi hubungan tegang JepunKorea Utara dan Perdana Menteri Shinzo Abe sering memakai reben biru untuk mengingatk­annya tentang penculikan mereka.

Pada bulan lepas ketika melawat Tokyo, Presiden AS Donald Trump bertemu dengan Soga dan keluarga mangsa culik yang kini sudah lanjut usia.

Terdapat syak wasangka yang kuat di Jepun bahawa puluhan warga lain turut diculik Korea Utara.

James Joseph Dresnok, satu-satunya askar AS yang diketahui masih tinggal di Korea Utara selepas membelot lebih lima dekad lalu, mati pada November 2016, anakanakny­a mengesahka­n Ogos lalu. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? MENINGGAL DUNIA: Gambar fail 18 Julai, 2004 menunjukka­n Jenkins dan Soga tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Haneda di Tokyo setelah dipertemuk­an di Jakarta, Indonesia.
— Gambar Reuters MENINGGAL DUNIA: Gambar fail 18 Julai, 2004 menunjukka­n Jenkins dan Soga tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Haneda di Tokyo setelah dipertemuk­an di Jakarta, Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia