Utusan Borneo (Sarawak)

‘Supernote’ baharu ditemui

-

SEOUL: Wang kertas seratus dolar palsu yang berkualiti tinggi telah ditemui di Korea Selatan, menurut pegawai bank semalam, mencetuska­n cadangan Korea Utara yang terjejas sekatan antarabang­sa m u n g k i n k e m b a l i memalsukan ‘supernote’.

S e p a s u k a n p a k a r pemalsuan di Bank KEB Hana mengesahka­n wang kertas AS$100 yang ditemui di cawangan Seoul pada November adalah wang palsu yang hampir mustahil dibezakan daripada wang kertas sebenar, menurut mereka.

“Inilah ‘supernote’ baharu pertama seumpamany­a yang ditemui,” kata ketua pusat penipuan bank Yi Hojoong.

‘ Supernote’ sebelum ini bertarikh sama ada 2001 atau 2003 tetapi wang kertas palsu baharu itu bertarikh 2006. Cara sama termasuk pencetakan timbul dan kemek serta dakwat tidak mudah comot yang lazimnya digunakan untuk wang kertas sebenar telah digunakan untuk menghasilk­an ‘ supernote’ yang baharu ditemui itu, katanya.

“Anda memerlukan loji bernilai AS$100 juta untuk menghasilk­an wang kertas palsu dengan kualiti sebegini dan tiada sindiket jenayah yang sanggup melabur sebanyak itu semata-mata untuk membuat wang dolar palsu.

“Hanya organisasi peringkat kerajaan mampu memiliki loji sedemikian,” tambahnya.

Media berita mencadangk­an rejim Kim Jong-un mungkin kembali menghasilk­an wang kertas palsu untuk mengatasi sekatan antarabang­sa bagi mengekang pembanguna­n nuklear dan misilnya.

Namun Yi berkata, tiada bukti untuk mengaitkan ‘supernote’ baharu itu dengan Utara walaupun Pyongyang sebelum ini pernah diaibkan dengan penahanan diplomatny­a bersama wang kertas palsu berkualiti tinggi. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DTELITI: Gambar serahan Bank KEB Hana semalam menunjukka­n Yi memeriksa wang kertas AS$100 palsu di ibu pejabat bank berkenaan Seoul.
— Gambar AFP DTELITI: Gambar serahan Bank KEB Hana semalam menunjukka­n Yi memeriksa wang kertas AS$100 palsu di ibu pejabat bank berkenaan Seoul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia