Utusan Borneo (Sarawak)

SUKSAR 2017 BAKAL BERMULA ESOK

Kira-kira 1,000 atlet seluruh bahagian tiba di perkampung­an sukan di UNIMAS semalam

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Kira-kira 1,000 atlet dari seluruh bahagian negeri telah tiba di perkampung­an Sukan Sarawak (SukSar) 2017 untuk menyertai temasya itu berlangsun­g dari 14 hingga 17 Disember ini.

Semua atlet dibahagika­n kepada empat zon ditempatka­n di Kolej Rafflesia, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Kontinjen terbabit ialah Zon Selatan (Kuching, Samarahan, Serian), Zon Tengah (Sibu, Kapit, Mukah), Zon Utara (Miri, Bintulu, Limbang) dan Zon Barat (Sarikei, Betong, Sri Aman).

Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk tukSnowdan Snowdan Lawan semasa emasa mangadakan kan lawatan di perkamp u n g a n sukan itu semalam melahir- kan rasa a puas hati at t i dengan fasiliti disediakan diakan pengelola.

Menurutnya, penggunaan sistem Kod QR buat pertama kali bagi memantau pergerakan atlet dan pegawai juga disambut baik bagi menjamin keselamata­n mereka terlibat sepanjang penganjura­n Suk- Sar S a 2017. “A Apa yang paling palin g penting, kebajikan mereka m yang tinggal di perkampung­an sukan itu sentiasa terjaga kerana ramai atlet masih muda turut berada di sini buat pertama kalinya. “Kita mahu mereka merasakan seperti berada di rumah sendiri dan selesa sepanjang terlibat dalam SukSar 2017 bermula 14 hingga 17 Disember ini,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Snowdan berkata, penganjura­n semula SukSar 2017 selepas terhenti selama 27 tahun amat penting sebagai landasan memilih atlet-atlet terbaik mewakili Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA 2018) di Perak.

Katanya, bukan itu sahaja SukSar 2017 juga menjadi medan pencungkil­an atlet-atlet pelapis yang bakal menjadi penyambung kepada atlet-atlet sedia ada.

“Kita mahu mencungkil bakat- bakat baharu yang boleh mewakili Sarawak di peringkat kebangsaan atau antarabang­sa seperti Sukan SEA dan Sukan Olimpik,” jelasnya.

SukSar 2017 akan mempertand­ingkan 14 acara sukan iaitu angkat berat, badminton, berbasikal, bola baling, boling padang, judo, karate, memanah, muaythai, olahraga, ragbi, renang dan sepak takraw wanita.

Ini termasuk empat acaraacara sukan untuk atlet para iaitu renang, olahraga, angkat berat dan memanah.

Kebanyakan acara diadakan di Kompleks Sukan Sarawak, Petra Jaya manakala acara petanque diadakan di Santubong, angkat berat di Stadium MBKS, Jalan Pending, ragbi 7-sebelah di Padang Song Kheng Hai, Jalan Padungan, acara badminton di Dewan Sukan UNIMAS dan muaythai di Summer Mall, Kota Samarahan.

Majlis perasmian akan diadakan pada 14 Disember di Stadium Perpaduan, Petra Jaya manakala penutupan dijadualka­n pada 17 Disember di venue sama.

Apa yang paling penting, kebajikan mereka yang tinggal di perkampung­an sukan itu sentiasa terjaga kerana ramai atlet masih muda turut berada di sini buat pertama kalinya. Datuk Snowdan Lawan Menteri Muda Belia dan Sukan

 ??  ??
 ??  ?? BAGUS: Snowdan (dua kanan) menunjukka­n isyarat bagus ketika mencuba sistem kod QR sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (PSS), Dr Ong Kong Swee (kanan) dan Timbalan Naib Cancelor UNIMAS, Mohd Fadzil Abdul Rahman (dua...
BAGUS: Snowdan (dua kanan) menunjukka­n isyarat bagus ketika mencuba sistem kod QR sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (PSS), Dr Ong Kong Swee (kanan) dan Timbalan Naib Cancelor UNIMAS, Mohd Fadzil Abdul Rahman (dua...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia