Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu teksi tetap dibela

908 individu tamat kontrak sistem pajak terima Surat Tawaran Kelulusan Permit Teksi Individu

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Seramai 908 individu yang telah menamatkan kontrak sistem pajak menerima Surat Tawaran Kelulusan (STK) bagi Permit Teksi Individu pada tahun ini kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Menurutnya, pelaksanaa­n inisiatif tersebut akan diteruskan dari semasa ke semasa dan tidak akan dihentikan.

“Kami sedang giat memproses permohonan rakanrakan pemandu (teksi) kita dan Insya-Allah, mereka juga akan diberi lesen individu secara berperingk­at,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mengulas lanjut, Nancy berkata daripada jumlah itu, seramai 439 pemandu yang layak telah menerima geran tunai kerajaan sebanyak RM5,000.

Beliau berkata semasa pembentang­an Bajet 2017, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n peruntukan sebanyak RM150 juta bagi geran bernilai RM5,000 untuk diberi kepada penerima lesen teksi individu yang layak.

“Dalam hal ini, mereka yang menerima geran terse- but boleh membuat tempahan pembelian kereta baharu untuk dijadikan teksi yang selamat dan selesa untuk kegunaan penumpang.

“Malah pilihan kereta juga telah dibuka bagi membolehka­n pemandu teksi memilih pelbagai jenis kereta yang mempunyai taraf keselamata­n ASEAN NCAP 3-Bintang,” katanya.

Ahli Parlimen Batang Sadong itu turut menasihati pemandu teksi yang masih di bawah sistem pajak supaya jangan bimbang.

Katanya, Suruhanjay­a Pengangkua­tan Awam Darat (SPAD) akan mengawal selia kontrak sewaan pemandu teksi dengan syarikat.

“Kami akan terus menambah baik dan menyeragam­kan kontrak serta memastikan pematuhan syarat- syarat wajib melalui syarat-syarat lesen pengendali.

“Jadi, anda (pemandu teksi di bawah sistem pajak) jangan bimbang, SPAD tidak akan melupakan anda, kami akan buat yang terbaik untuk anda,” katanya.

Kami sedang giat memproses permohonan rakan-rakan pemandu (teksi) kita dan Insya-Allah, mereka juga akan diberi lesen individu secara berperingk­at. Datuk Seri Nancy Shukri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??
 ??  ?? NANCY
NANCY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia