Utusan Borneo (Sarawak)

RANCAK PELANCONGA­N

Penerbanga­n antarabang­sa Pontianak-Miri oleh Xpress Air rangsang pelanconga­n Kalimantan Barat dan utara Sarawak.

-

MIRI: Pelancaran penerbanga­n antarabang­sa terus dari Indonesia ke Sarawak bagi sektor Pontianak- Miri- Pontianak diharapkan merancakka­n sektor pelanconga­n kedua-dua negara Indonesia dan Malaysia khususnya bagi Kalimantan Barat dan utara Sarawak.

Konsulat Indonesia di Kuching Jahar Gultom berkata pelancaran penerbanga­n antarabang­sa kedua dari Indonesia oleh Xpress Air itu diharap dapat meningkatk­an hubungan dua hala kedua-dua negara di samping meningkatk­an jumlah pelancong.

“Sejak 2015 dan 2016, Sarawak dan Kalimantan Barat mencatat peningkata­n jumlah pelancong dan besar harapan kita agar penerbanga­n antarabang­sa ini meningkatk­an jumlah pelancong serta menjimatka­n masa.

“Sedangkan melalui penerbanga­n Xpress Air hanya perlu sejam setengah untuk tiba di Pontianak dan seterusnya sambungan penerbanga­n ke Bandung dan Jogjakarta,” katanya.

“Begitu juga Kalimantan Barat, selain menyasarka­n pelancong dari utara Sarawak dan negara Brunei, khidmat ini juga menyediaka­n penerbanga­n pekerja-pekerja Indonesia yang ramai di Bintulu, Miri dan Brunei,” katanya ketika menyambut ketibaan penumpang penerbanga­n sulung Xpress Air dari Pontianak ke Miri semalam.

Seramai 108 penumpang termasuk tujuh kru pesawat Xpress Air, penerbanga­n XN 770 dari Pontianak ke Miri selamat mendarat di Lapangan Terbang Miri (LTM) di sini jam 4.15 petang semalam diketuai Pengarah Xpress Air HF Filman.

Ketibaan mereka disambut Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datu Ik Pahon Joyik, ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, Datuk Bandar Ma- jlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii serta Residen Bahagian Miri, Sherrina Husaini dan wakil Kedutaan Indonesia di Brunei Darussalam Eko Himawan.

Syarikat penerbanga­n milik Indonesia, Xpress Air melancarka­n penerbanga­n sulungnya ke Miri semalam mengadakan khidmat penerbanga­n pergi balik PontianakM­iri- Pontianak sebanyak dua kali seminggu iaitu pada Selasa dan Sabtu.

Pada sidang medianya, Filman memberitah­u, Xpress Air menggunaka­n pesawat Boeing 737-300 dengan 128 tempat duduk turut mengadakan penerbanga­n sambungan ke Bandung dan Jogjakarta menerusi laluan Miri-Pontianak.

Ketika ditanya, sama ada Xpress Air merancang penerbanga­n dari destinasi lain seperti Bandung, Jogjakarta atau Bali secara terus ke Miri, Filman menjejaska­n pihaknya perlu mengkaji terlebih dahulu sambutan terhadap penerbanga­n sulung itu dan sambungann­ya ke dua destinasi lain (Bandung dan Jogjakarta) sebelum memutuskan­nya.

“Kita lihat (kaji) terlebih dahulu sambutan PontianakM­iri-Pontianak ini, sebelum boleh merancang penerbanga­n terus lain.

“Bagi penerbanga­n ke Bali (Miri-Bali atau sambungan ke Bali), pada ketika ini sukar dilakukan kerana terlalu banyak penerbanga­n ke sana dan jika Xpress Air merancang mewujudkan laluan ke Bali, maka perlu memohon dengan pihak berkuasa penerbanga­n di sana (Kerajaan Indonesia) terlebih dahulu,” katanya sambil menambah, ketika ini Xpress Air tiada memohon laluan ke Bali.

 ??  ??
 ??  ?? SELAMAT DATANG: Lee menyambut ketibaan Filman bersama penumpang penerbanga­n Xpress Air dari Pontianak yang mendarat buat julung kalinya di LTM petang semalam.
SELAMAT DATANG: Lee menyambut ketibaan Filman bersama penumpang penerbanga­n Xpress Air dari Pontianak yang mendarat buat julung kalinya di LTM petang semalam.
 ??  ?? TRADISI: Pesawat XN 770 dari Pontianak tiba buat julung kalinya di LTM jam 4.15 petang semalam, disiram dengan air sebagai tradisi sambutan ketibaan pesawat.
TRADISI: Pesawat XN 770 dari Pontianak tiba buat julung kalinya di LTM jam 4.15 petang semalam, disiram dengan air sebagai tradisi sambutan ketibaan pesawat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia