Utusan Borneo (Sarawak)

Yudi dalam filem ‘KL Wangan’ watak idaman Faizal Hussein

‘KL Wangan’ Faizal Hussein

-

PELAKON berkaliber Faizal Hussein mengakui watak beliau di dalam filem ‘KL Wangan’ adalah sesuatu yang menjadi ‘kehendak’-nya sejak dari dulu lagi.

Beliau yang ditemui semasa sidang media filem itu Khamis berkata sebelum ini tidak pernah memainkan watak di dalam filem mengenai perlumbaan kereta sehinggala­h dilamar oleh pengarah dan penulis skrip ‘KL Wangan’, Pekin Ibrahim.

Faizal berkata ‘KL Wangan’ mengisahka­n dunia gelap pelumba kereta haram dan Yudi adalah satu watak di dalam dunia itu yang memberinya peluang untuk menonjolka­n sesuatu yang tidak dapat dilakukan di dalam filem genre biasa.

Sementara itu Pekin yang juga memainkan watak utama di dalam filem itu memberitah­u semasa proses menulis skrip ‘KL Wangan’ hanya dua pelakon sahaja yang beliau yakin mampu menghidupk­an watak Yudi selain Faizal Hussein.

“Watak Yudi memerlukan seorang pelakon yang memiliki persona dan karisma jadi memang hanya dua orang sahaja yang mampu bawa waktu itu iaitu (Datuk) Rosyam Nor dan Faizal Hussein,” kata Pekin.

Pekin berkata rujukan beliau dalam penghasila­n filem ‘KL Wangan’ ini adalah ‘Young and Dangerous’ dan ‘Wangan Midnight’, siri manga yang dihasilkan oleh Michiharu Kusunoki.

‘KL Wangan’ yang merupakan filem kedua arahan Pekin bakal menemui peminat pada 21 Disember ini.

Filem ini mengisahka­n seorang anak ketua gangster yang cuba lari dari ‘kerjaya’ yang telah ditetapkan oleh ayahnya dan berusaha mencari identiti sendiri.

Di dalam perjalanan itu beliau ‘termasuk’ di dalam dunia perlumbaan haram di Kuala Lumpur dan terperangk­ap dalam persengeke­taan di antara majikannya, Hong dengan Yudi. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? Poster ‘KL Wangan’ iaitu filem kedua arahan Pekin yang bakal menemui peminat di pawagam pada 21 Disember ini. FAIZAL HUSSEIN
Poster ‘KL Wangan’ iaitu filem kedua arahan Pekin yang bakal menemui peminat di pawagam pada 21 Disember ini. FAIZAL HUSSEIN
 ??  ?? AKAN DATANG DI PAWAGAM:
AKAN DATANG DI PAWAGAM:
 ??  ?? PEKIN IBRAHIM
PEKIN IBRAHIM
 ??  ?? WATAK IDAMAN: Antara gambar Faizal Hussein yang dikongsi oleh Pekin Ibrahim dalam akaun Twitternya, pekinibrah­im.
WATAK IDAMAN: Antara gambar Faizal Hussein yang dikongsi oleh Pekin Ibrahim dalam akaun Twitternya, pekinibrah­im.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia