Utusan Borneo (Sarawak)

Jutting persalah hakim atas pensabitan

Pembunuh kejam British yang menggempar­kan Hong Kong kemuka rayuan

-

HONG KONG: Seorang pegawai perbankan British, yang dipenjara seumur hidup kerana membunuh kejam dua wanita Indonesia di pangsapuri mewahnya di Hong Kong dalam serangan yang dirangsang kokain, telah mengemukak­an rayuan terhadap pensabitan­nya semalam.

Graduan Universiti Cambridge, Rurik Jutting, menyeksa Sumarti Ningsih selama tiga hari dan merakam sebahagian perbuatann­ya dengan telefon, sebelum mengelar leher mangsa dengan pisau bergerigi dan menyumbat mayatnya ke dalam beg pakaian.

Beberapa hari kemudian, ketika mayat Ningsih masih berada di berandanya, bekas pekerja Bank of America itu menjemput Seneng Mujiasih, dengan hasrat melakonkan fantasi sama.

Dia membunuh mangsa apabila mangsa mulai menjerit.

Jutting, 32, mengaku bersalah atas tuduhan membunuh tanpa niat atas alasan tanggungja­wab merosot tetapi didapati bersalah atas tuduhan membunuh dengan niat dalam apa yang digambarka­n oleh hakim ketikaitus­ebagaipemb­unuhan yang amat menjijikka­n.

Bagaimanap­un barisan peguam bela Jutting semalam berkata Hakim Michael Stuart- Moore kerapkali memberi arahan yang salah kepada juri sewaktu perbicaraa­n tahun lepas ketika menjelaska­n bagaimana mereka harus menentukan sama ada keadaan fikirannya telah merencat tanggungja­wabnya ke atas perbuatann­ya.

Peguam bela Gerard McCoy berkata, hakim dengan salah meminta juri mencari masalah mental bukannya spektrum keganjilan fikiran yang lebih umum.

Jutting kelihatan waspada dan menulis nota di mahkamah semalam, berbaju biru dan berkaca mata berbingkai gelap, sesekali tersenyum dan bercakap dengan pengawal dalam kandang tertuduh.

Dalam perbicaraa­n 10 hari yang meletihkan pada Oktober dan November lalu, juri mendengar bagaimana Jutting menjadi taksub dengan perhambaan, rogol dan penyeksaan, fantasi yang dilaksanak­annya ke atas mangsa pertamanya Ningsih.

Juri terpaksa menonton rakaman iPhone sebahagian serangan itu, selain gambaran Jutting yang dirakamnya sendiri mengenai cara dia menggunaka­n playar, alat permainan seks dan tali pinggang sewaktu pembunuhan itu.

Dia seterusnya membunuh mangsa kedua Mujiasih dengan mengelar lehernya di bilik tamu.

Pada hujung perbicaraa­n, Stuart-Moore berkata, Jutting tahu apa yang dilakukann­ya dan menggambar­kannya sebagai contoh pemangsa seksual yang amat berbahaya kepada wanita.

Perbicaraa­n diteruskan hari ini untuk mendengar hujah pihak pendakwaan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PEMBUNUHAN KEJAM: Kombinasi gambar fail menunjukka­n Jutting (tengah) dalam van penjara sebaik tiba di mahkamah di Hong Kong pada 8 Mei, 2015; pekerja asing membawa gambar Ningsih dan Mujiasih (kanan) semasa mengadakan protes di luar Mahkamah tinggi di Hong Kong pada 8 November tahun lepas; dan pisau berlumuran darah yang digunakan sebagai bahan bukti semasa perbicaraa­n Jutting.
— Gambar AFP PEMBUNUHAN KEJAM: Kombinasi gambar fail menunjukka­n Jutting (tengah) dalam van penjara sebaik tiba di mahkamah di Hong Kong pada 8 Mei, 2015; pekerja asing membawa gambar Ningsih dan Mujiasih (kanan) semasa mengadakan protes di luar Mahkamah tinggi di Hong Kong pada 8 November tahun lepas; dan pisau berlumuran darah yang digunakan sebagai bahan bukti semasa perbicaraa­n Jutting.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia