Utusan Borneo (Sarawak)

Kota New York tegang angkara pengebom

Pendatang muda dari Bangladesh parah setelah ledak bom paip di laluan bawah tanah

-

NEW YORK: Seorang pendatang berusia 27 tahun dari Bangladesh meledakkan bom paip buatan sendiri yang diikat pada badannya di laluan bawah tanah yang sesak di New York waktu kemuncak pagi kelmarin, mencederak­an tiga orang dan menimbulka­n ketegangan di bandar raya itu hanya enam minggu selepas serangan trak berdarah.

Akayed Ullah memberitah­u penyiasat polis, dia mahu menebus serangan udara Amerika Syarikat (AS) ke atas kumpulan Islamic State ( IS) dan turut mendapat inspirasi daripada komplot keganasan Natal di Eropah, memilih lokasi seranganny­a menggunaka­n poster Natal pada dinding landasan bawah tanah, lapor media AS.

Namun bomnya gagal m e l e t u p s e m p u r n a , menyebabka­n hanya dirinya sendiri yang parah dalam serangan itu.

Letupan itu berlaku dalam stesen bawah tanah di terminal bas Lembaga Pelabuhan New York (NYPA), tidak jauh dari Times Square, mencetuska­n panik dan gangguan perjalanan.

Video keselamata­n litar tertutup menunjukka­n orang ramai bertempiar­an lari ketika bom meletup dan seseorang dipercayai pengebom terlentang di atas lantai selepas asap lenyap.

Pihak berkuasa mengaitkan kerosakan minimum daripada alat sederhana yang diikat pada dada Ullah sebagai punca kegagalan ledakan di mana ia hanya menyebabka­nnya kelecuran pada badan dan tangan.

Suspek dihantar ke hospital dipercayai dalam keadaan serius.

Tiga lagi yang cedera mengalami bunyi deringan dalam telinga, sakit kepala dan masalah kecil lain, manakala tiada kerosakan signifikan dilaporkan pada struktur bawah tanah.

“Mujur bagi kita, bom itu hanya meletup sebahagian­nya,” kata Gabenor New York Andrew Cuomo.

Cuomo berkata, Ullah bukan sebahagian daripada rangkaian canggih tetapi dipercayai dipengaruh­i IS atau kumpulan pelampau lain.

Keluarga lelaki itu mengeluark­an kenyataan menerusi Majlis Hubungan Amerika-Islam-New York yang menyebut mereka begitu kecewa dengan serangan itu dan dakwaan terhadap Ullah.

Namun mereka juga marah dengan tingkah laku penyiasat polis didakwa mengeluark­an seorang ahli keluarga mereka dari kelas sekolah tingginya dan menyoalnya tanpa kehadiran peguam.

New York digegarkan pada hari cuti Halloween 31 Oktober lalu, apabila seorang pendatang Uzbekistan memandu sebuah trak sewa di laluan pejalan kaki dan basikal yang sibuk, membunuh lapan orang dan mencederak­an 12 lagi.

Sayfullo Saipov, penyerang Halloween, memasuki negara itu pada 2010 di bawah program Visa Pendatang Kepelbagai­an, di mana AS cuba memperluas­kan sumber pendatang.

Ullah tiba tujuh tahun lalu sebagai anggota sebuah keluarga yang sudah berada di AS, di bawah apa yang dikenali sebagai imigresen rantaian.

Presiden Donald Trump mengambil kesempatan daripada serangan yang gagal itu untuk menuntut peraturan imigresen lebih ketat, selain menyelar dasar longgar sekarang membolehka­n terlalu ramai orang berbahaya tidak ditapis sepenuhnya sebelum memasuki negara.

“Cubaan serangan bunuh beramai-ramai pada hari ini di Kota New York, serangan pengganas kedua di New York sejak dua bulan lalu, sekali lagi mengetenga­hkan keperluan segera bagi Kongres untuk melaksanak­an pembaharua­n undang- undang bagi melindungi rakyat Amerika,” Trump menyebut dalam satu kenyataan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? GEMPAR: Pesuruhjay­a Polis Kota New York James O’Neill bercakap semasa sidang akhbar di luar terminal bas NYPA kelmarin sambil diperhatik­an Cuomo (kanan) dan Datuk Bandar Kota New York Bill de Blasio.
— Gambar Reuters GEMPAR: Pesuruhjay­a Polis Kota New York James O’Neill bercakap semasa sidang akhbar di luar terminal bas NYPA kelmarin sambil diperhatik­an Cuomo (kanan) dan Datuk Bandar Kota New York Bill de Blasio.
 ?? — Gambar AFP ?? PARAH: Gambar serahan Suruhanjay­a Teksi dan Limosin Kota New York menunjukka­n Ullah.
— Gambar AFP PARAH: Gambar serahan Suruhanjay­a Teksi dan Limosin Kota New York menunjukka­n Ullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia