Utusan Borneo (Sarawak)

Suami isteri cemas kereta mendadak terbakar

Kejadian libat kebakaran enjin berlaku semasa pasangan itu berhenti di lampu isyarat Jalan Tanjung

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Sepasang suami isteri mengalami detik cemas apabila kereta yang dinaiki tiba-tiba terbakar semasa berhenti di lampu isyarat Jalan Tanjung di sini, malam kelmarin.

Suami isteri masing-masing berusia 28 dan 30 tahun itu dilaporkan terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Law Poh Kiong berkata, kebakaran melibatkan bahagian enjin sebuah kereta yang terbakar sepenuhnya.

“Bomba menerima satu panggilan kecemasan mengenai kebakaran ini jam 10.28 malam.

“Empat anggota menggunaka­n jentera FRT diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Narain Singh dan dua anggota EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri telah dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Menurut Law, api berjaya dipadamkan sepenuhnya dengan menggunaka­n hos

Empat anggota menggunaka­n jentera FRT diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Narain Singh dan dua anggota EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri telah dikejarkan ke lokasi kejadian. Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong Ketua JBPM Zon 6 Miri

salur bantu mula.

Dalam kejadian berasingan di Kuching, keprihatin­an orang awam membantu memadam api berjaya menyelamat­kan nyawa dua lelaki apabila kereta dinaiki mereka terbakar di belakang sebuah premis makanan di Jalan Stutong pada jam 9.44 pagi semalam.

Bagaimanap­un, kebakaran yang melibatkan bahagian depan kereta itu berjaya dipadam orang awam menggunaka­n alat pemadam api jenis serbuk apabila menyedari insiden tersebut.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak Tiong Ling Hii, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penye- lamat Tabuan Jaya dikerah ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Apabila pihaknya tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran pada bahagian ‘dashboard’ kenderaan itu sudah dipadamkan oleh orang awam yang kebetulan berada di kawasan itu menggunaka­n alat pemadam api,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pemandu dan penumpang ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, pihak bomba membuat pemeriksaa­n terhadap kenderaan itu bagi memastikan api sudah dipadam sepenuhnya.

Menurut Tiong, nilai kerugian dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

 ??  ?? HANGUS: Anggota bomba berusaha memadamkan sepenuhnya kebakaran kereta tersebut.
HANGUS: Anggota bomba berusaha memadamkan sepenuhnya kebakaran kereta tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia