Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga sampel anjing di Kuching disahkan positif wabak rabies

-

KUCHING: Sebanyak tiga keputusan sampel anjing diterima dari Institut Penyelidik­an Veterinar ( VRI) Ipoh disahkan positif wabak rabies.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, keputusan itu yang diterima pada Jumaat disahkan positif dari tiga lokasi yang diwartakan dalam kawasan 10 kilometer radius di bawah pengawasan.

Kawasan itu adalah Lorong 2, Rancangan Perumahan Rakyat ( RPR), Landeh di Kota Padawan, Lorong 15C2, Everbright Estate, Jalan Arang, dan Lee Sing Enterprise, Jalan Batu Kawa-Matang, masing-masing dalam Bahagian Kuching.

Secara keseluruha­n, bilangan keputusan sampel diterima untuk virus rabies setakat ini adalah sebanyak 289 daripada 299 sampel dihantar ke VRI, Ipoh, yang teridiri daripada 264 sampel anjing, 24 sampel kucing dan satu sampel kelawar.

“Daripada 289 keputusan kes, 61 atau 21.1 peratus yang terdiri daripada 55 sampel anjing dan enam sampel kucing telah disahkan positif virus rabies,” kata kenyataan tersebut.

Sekretaria­t JPBN berkata, secara kumulatif, bilangan haiwan kesayangan yang divaksinas­i antirabies setakat ini masih kekal sebanyak 42,133 ekor yang terdiri dari 34,114 ekor anjing, 7,974 ekor kucing dan 45 haiwan lain.

Sebanyak 47,281 survelan aktif dan 2,026 survelan pasif juga telah dijalankan untuk mengawal penularan wabak rabies dilakukan di kawasan Kuching, Sri Aman, Sarikei, Samarahan, Betong dan Serian.

Dalam mengawal populasi anjing terbiar, operasi bersepadu bersama Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah menangkap sebanyak 2,813 ekor anjing dari Bahagian Kuching, Sri Aman, Sarikei, Samarahan, Betong dan Serian.

Setakat ini juga, sebanyak 513 kempen kesedaran diadakan di sekolah-sekolah, kampung dan tempat-tempat awam terutama di kawasan terjejas rabies yang dihadiri oleh kira-kira 36,983 peserta.

Jabatan Kesihatan Negeri dalam kenyataan sama turut menyatakan seramai 23 kes gigitan haiwan ba- haru dilaporkan semalam, menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan haiwan yang berlaku mulai 1 April 2017 sehingga ke semalam adalah berjumlah 5,285 kes.

Dalam tempoh itu, seramai 1,989 orang telah menerima suntikan vaksin antirabies.

Orang ramai yang mempunyai sejarah gigitan anjing diminta untuk segera bertindak membuat pemeriksaa­n di mana-mana fasiliti kesi- hatan yang terdekat.

Pada masa sama, orang ramai turut diingatkan untuk sentiasa menghindar­kan diri dari gigitan haiwan terutamany­a anjing, dan sekiranya digigit, perlu mengambil langkah pencegahan segera dengan mencuci luka bahagian terkena gigitan menggunaka­n sabun dan air bersih yang mengalir selama 15 minit; dan segera mendapatka­n rawatan lanjut di klinik atau hospital berdekatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia