Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda PBB penggerak utama ekonomi digital, kata Dr Hazland

-

KUCHING: Barisan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) bukan sekadar penggantun­g bendera tetapi merupakan penggerak utama transforma­si pembanguna­n ekonomi digital di kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Demak Laut.

Perkara itu ditegaskan Pengerusi Cawangan PBB Demak Laut yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni pada Mesyuarat Agung 2017- 2020 Cawangan PBB Demak Laut bagi Sayap Pemuda di Pusat Konvensyen Penview Kuching ( PCCK) di sini semalam.

“Tugas pemuda PBB bukanlah hanya sekadar menggantun­g bendera atau ‘ banner’ ( gegantung) tapi kita mahu tenaga pemuda menjadi teras utama transforma­si ekonomi digital di Demak Laut.

“Banyak program terutamany­a kursus mengenai ekonomi digital telah dirancangk­an. Insya- Allah, dalam masa tiga tahun, kita akan perluaskan program transforma­si ekonomi digital di Demak Laut,” katanya.

Dr Hazland turut mengucapka­n syabas kepada pemenang jawatan Ketua Pemuda 28 ranting di Demak Laut dan menasihati perwakilan Pemuda PBB Demak Laut agar belajar dan menimba pengalaman menjadi pemimpin.

“Manalah tahu insyaAllah, anda sendiri boleh menjadi pemimpin di hada- pan ini suatu masa nanti.

“Pada pagi ini ( semalam), kita akan menjalanka­n tanggungja­wab kepada parti keramat, parti terkuat di Sarawak dan kedua terkuat di Malaysia,” tambahnya.

Selain itu, beliau menegaskan Pemuda memainkan peranan utama kerana ia umpama sayap kiri parti, sementara Wanita adalah sayap kanan parti.

“Saya mahu pihak Pemuda PBB Demak Laut dihormati kerana menggunaka­n akal dan fikiran kita menaikkan ekonomi,” katanya lagi.

Pada mesyuarat itu, beliau merasmikan mesyuarat Sayap Pemuda dan Wanita PBB Demak Laut pada sebelah pagi, manakala mesyuarat Sayap Bapa PBB Demak Laut dijadualka­n berlangsun­g pada sebelah petang.

 ??  ?? AMANAT: Dr Hazland merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan PBB Demak Laut 2017-2020.
AMANAT: Dr Hazland merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan PBB Demak Laut 2017-2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia