Utusan Borneo (Sarawak)

Elak perpecahan parti dengan mengekalka­n jawatan tertinggi

-

MIRI: MenjelangP­erhimpunan Agung Tritahunan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) tahun depan, semakin ramai anggota parti menyatakan pendirian agar jawatan tertinggi dikekalkan.

Pemerhati Politik Dato Wan Zain Syed Mohdzar berkata, ini bagi memastikan tiada perpecahan dalam parti hingga mewujudkan puak-puak tertentu.

Secara realitinya katanya, amat penting jawatan tertinggi PBB tidak dipertandi­ngkan bagi mengelakka­n terbentukn­ya pasukan A dan pasukan B.

“Saya mengatakan begini kerana apabila jawatan tertinggi itu dipertandi­ngkan, ia akan mewujudkan pasukan tersendiri dari presiden hingga ke akar umbi dan itu adalah perkara yang tidak baik untuk parti,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Umum menyedari pemilihan peringkat ranting dan cawangan telah berjalan secara demokrasi sekali gus menunjukka­n kematangan politik parti PBB, ujarnya.

Bagaimanap­unkatanya, peluang dan ruang juga perlu diberikan kepada ahli-ahli parti yang ingin bertanding di peringkat ranting atau cawangan.

“Jika kerusi tertinggi tidak dipertandi­ngkan, maka kelonggara­n perlu diberi kepada kerusi di peringkat ranting atau cawangan dalam memilih muka baharu.

“Ia adalah amalan demokrasi dalam parti politik, semua ahli perlu diberi peluang untuk bertanding sekiranya mereka benar-benar berkelayak­an,” jelasnya.

Menurutnya, semua anggota parti perlu bertanggun­gjawab memilih calon perwakilan yang berwibawa dan beretika.

“Sifat tanggungja­wab ini memastikan calon yang dipilih benar-benar mahu berkhidmat untuk parti serta bebas daripada sebarang kepentinga­n peribadi,” katanya.

 ??  ?? WAN ZAIN
WAN ZAIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia