Utusan Borneo (Sarawak)

Pengumuman LRT, bas berkuasa hidrogen diharap dapat meningkatk­an ekonomi penduduk: John Ilus

- Oleh Henrietta Liza

SERIAN: Rakyat tempatan berharap pengumuman Transit Aliran Ringan ( LRT) menghubung­kan Kuching-Serian serta pemorelaha­n bas berkuasa hidrogen bagi tujuan pelanconga­n di dua bahagian ini akan menjadi kenyataan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus berkata, pengumuman sedemikian oleh pemimpin negeri telah memberi harapan yang tinggi di kalangan rakyat.

“Selain perkhidmat­an LRT dan bas hidrogen, terdapat juga pengumuman mengenai pembinaan jambatan ikonik seperti yang dijanjikan pada Pesta Birumuh 2017, dan penubuhan pusat pemprosesa­n dan pengumpula­n durian untuk menjadikan Serian hab durian.

“Kami sangat teruja dengan pengumuman ini dan berharap semua ini akan berlaku tidak lama lagi kerana ia pasti akan meningkatk­an ekonomi rakyat di Serian,” katanya kelmarin pada Mesyuarat Agung Tritahunan pertama (TGM) PBB Bukit Semuja di

Kami sangat teruja dengan pengumuman ini dan berharap semua ini akan berlaku tidak lama lagi kerana ia pasti akan meningkatk­an ekonomi rakyat di Serian. John Ilus ADUN Bukit Semuja

Dewan Serbaguna Ranchan.

John yang juga pengerusi cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Semuja mendedahka­n bahawa cawangan tersebut akan memberi sokongan penuh kepada Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg dalam menerajui negeri ini.

Beliau berkata ini merupakan salah satu daripada empat resolusi yang diluluskan pada mesyuarat terbabit.

Sebelum itu, mesyuarat dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Timbalan Presiden PBB negeri.

Beliau juga menyebut bahawa resolusi lain yang telah diluluskan termasuk menyeru jawatan presiden PBB yang dipegang Abang Johari, dan dua jawatan timbalan presiden yang kini dipegang Uggah dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, untuk tidak dipertandi­ngkan pada Konvensyen PBB awal tahun depan.

“Kami juga memutuskan untuk memberi sokongan padu kepada dasar dan pendekatan Ketua Menteri termasuk menuntut hak kita di bawah Perjanjian Malaysia 1963 dan penekanan kepada ekonomi digital,” katanya.

Mesyuarat tersebut yang dihadiri 253 perwakilan dari 33 cawangan menyaksika­n John dan Francis Lijas kekal sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tanpa bertanding.

Jenny Jita dan Rokiah Abang Draee turut mengekalka­n jawatan mereka masingmasi­ng sebagai Ketua Wanita PBB Cawangan Bukit Semuja dan Timbalan Ketua Wanita cawangan Bukit Semuja tanpa bertanding.

Walau bagaimanap­un, terdapat pertanding­an untuk jawatan Ketua Pemuda, yang dimenangi Norman Baker selepas mengalahka­n Andy Ismail.

Jawatan Timbalan Ketua Belia cawangan PBB Bukit Semuja yang disandang Mohd Mesra juga tidak dipertaruh­kan.

Menurut John, PBB Bukit Semuja kini mempunyai 6,000 anggota berdaftar termasuk 1,500 yang baharu bergabung selepas cabang tersebut dilancarka­n Februari tahun ini.

Cawangan itu sebelum ini hanyalah jawatankua­sa protem berikutan penetapan Bukit Semuja sebagai salah satu daripada 11 kerusi negeri baharu yang dipertandi­ngkan pada pilihan raya negeri 2016.

John menjawat jawatan sebagai pengerusi tidak lama selepas menyertai PBB pada Ogos tahun lepas, sebelum bertanding dan memenangi kerusi itu sebagai calon langsung BN.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ADUN Kedup Martin Ben dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri John David Nyauh.

 ??  ?? MESYUARAT BERMULA: John David (dari kanan), John Ilus dan Martin menjadi saksi Uggah yang memukul gong sebagai tanda perasmian TGM PBB Bukit Semuja kelmarin.
MESYUARAT BERMULA: John David (dari kanan), John Ilus dan Martin menjadi saksi Uggah yang memukul gong sebagai tanda perasmian TGM PBB Bukit Semuja kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia