Utusan Borneo (Sarawak)

Warga pendidik harus menjadi contoh, semai semangat toleransi: Dr Annuar

-

KUCHING: Warga pendidik dinasihatk­an untuk menjadi contoh yang baik, khususnya dalam menyemai semangat toleransi kepada umum.

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata, nenek moyang kita dahulu telah bersetuju bersepakat untuk hidup bersama dan menghormat­i antara satu sama lain.

“Maka kita pada masa kini seharusnya, terus menyemai keharmonia­n dan perpaduan yang telah sedia ada yang langsung tidak boleh dikompromi,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Nangka itu berkata demikian ketika dihubungi semasa diminta mengulas kes seorang guru di Miri yang kini sedang disiasat kerana dikatakan telah menghina agama Islam di media sosial.

Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Datuk Dev Kumar telah mengesahka­n pihaknya telah mengenal pasti identiti pemilik akaun Facebook tersebut dan setakat semalam, dua laporan polis berkaitan kejadian tersebut telah diterima oleh pihak polis di Kuching.

Komen guru tersebut yang ditulis pada artikel berita mengenai pengiktira­fan Amerika Syarikat terhadap Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Isreal telah menjadi tular dan mendapat reaksi marah daripada ramai netizen, baik yang beragama Islam atau sebaliknya dari Sarawak.

Difahamkan, pemilik akaun Facebook tersebut telah memohon maaf dan menyatakan kekesalan kerana membuat komen tersebut.

Beliau juga dikatakan akan menyerah diri kepada polis bagi membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia