Utusan Borneo (Sarawak)

Emart sampaikan hadiah lumayan sempena kempen ‘12th Anniversar­y Lucky Draw’

-

KUCHING: Pasar raya Emart memberikan hadiah cukup lumayan bernilai lebih RM300,000 kepada pelanggan setianya sempena dengan kempen ‘12th Anniversar­y Lucky Draw.’

Di hadapan para pengunjung di Emart Batu Kawa semalam, empat finalis kempen tersebut memutarkan roda impian mereka sebagai penentuan hadiah utama yang akan dibawa pulang.

Daripada tiga percubaan berkenaan, Norassuand­i Ali, 39, finalis dari Emart Matang meloncat kegembiraa­n ketika putarannya mengena hadiah utama sebuah kenderaan MPV berjenama Honda model HR-V 1.8L S.

“Saya sangat gembira terlalu gembira kerana dapat memenangi hadiah utama ini,” kata Norassuand­i ke- tika ditemui semalam selepas majlis penyampaia­n hadiah yang disampaika­n Pengurus Cawangan Emart Batu Kawa, Jee Wan Kwang.

Bekerja sebagai jurujual kereta, Norassuand­i mengakui beliau adalah pembeli kerap di Emart Matang di mana setiap kali berbelanja sekurangku­rangnya RM200 hingga RM300.

Sementara itu, Chai Moi merupakan finalis dari Emart Batu Kawa membawa pulang Perodua Alza, diikuti pemenang tempat kedua Nani Abu (Emart Tudan) yang memenangi Perodua Axia, manakala hadiah ketiga berupa Yamaha YZF R25 dibawa pulang Zamzuri Saban (Emart Riam).

Enam belas pemenang turut mendapat hadiah sagu hati kempen tersebut yang terdiri daripada baucar tunai RM500.

Kempen tersebut telah dijalankan bermula 1 September sehingga 30 November lepas.

Menurut pihak Emart, pihaknya telah menerima kira-kira 997,000 penyertaan dari tujuh cawangan pasar raya Emart seluruh negeri (Batu Kawa, Matang, Sukma Ria, Demak Laut, Tudan, Riam dan Batu Niah).

Bagi melayakkan diri menyertai kempen tersebut, setiap peserta perlu berbelanja sekurang- kurangnya RM100 dalam satu resit.

 ??  ?? TAHNIAH: Barisan pemenang bersama hadiah-hadiah utama yang disediakan pihak pengurusan Emart.
TAHNIAH: Barisan pemenang bersama hadiah-hadiah utama yang disediakan pihak pengurusan Emart.
 ??  ?? TERUJA: Norassuand­i (dua kiri) bersama ahli keluarga ternyata gembira menunjukka­n replika kunci kereta yang baharu dimenangin­ya daripada Jee (kiri), semalam.
TERUJA: Norassuand­i (dua kiri) bersama ahli keluarga ternyata gembira menunjukka­n replika kunci kereta yang baharu dimenangin­ya daripada Jee (kiri), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia