Utusan Borneo (Sarawak)

Perbezaan agama tidak halang Wan Junaidi hadiri pemberkata­n Dewan Parish St Francis

- Oleh Agnes Tugong

LUNDU: Perbezaan agama tidak membataska­n Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk menghadiri majlis pemberkata­n Dewan Parish St Francis di sini, semalam.

Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong telah memperuntu­k sebanyak RM200,000 bagi membiayai sebahagian daripada kos pembinaan dewan tersebut yang menelan perbelanja­an RM800,000.

Dalam ucapannya, Wan Junaidi berkata sebagai menteri dan Ahli Parlimen beliau harus membantu masyarakat membina gereja, tokong dan kuil, sama seperti beliau membantu membina masjid dan surau.

“Saya membantu sesiapa sahaja asalkan bantuan tersebut adalah ke arah kebaikan,” katanya menambah selain membina dewan tersebut beliau sebelum ini juga pernah membantu membina gereja di Samariang Baru dan Batang Lupar.

Pada majlis itu, Wan Junai- di juga memberi jaminan akan berusaha untuk mendapatka­n sejumlah dana lagi bagi membantu pihak Parish St Francis, Lundu untuk menyelesai­kan baki bayaran kos pembinaan dewan tersebut.

Sementara itu, Bishop Gereja Anglikan Sarawak dan Brunei Reverend Danald Jute berterima kasih kepada Wan Junaidi yang telah banyak menyumbang kepada masyarakat Kristian di negeri ini.

Malah, katanya, sumbangan yang dihulurkan Wan Junaidi bukan sedikit tetapi mencecah jutaan ringgit ter- masuk yang disumbangk­an kepada gereja-gereja yang lain di negeri ini.

“Saya secara peribadi berterima kasih kepada Wan Junaidi yang telah banyak menyumbang kepada masyarakat Kristian di Sarawak.

“Saya berharap beliau akan dapat membantu bukan sahaja kepada Parish St Francis ini tetapi juga kepada gerejagere­ja yang lain,” katanya.

Dewan Parish St Francis yang diberkati semalam mula dibina pada November 2016 dan siap pada pertengaha­n bulan Disember tahun ini dengan kos keseluruha­n RM800,000.

Dewan ini bukan sahaja untuk kegunaan umat Kristian dalam Parish St Francis, Lundu malah turut dibuka kepada masyarakat luar untuk aktiviti kemasyarak­atan.

Turut hadir pada majlis itu semalam Ketua Paderi Parish St Francis Reverend Jugah Adi, Pengerusi Vikar (kediaman) Parish St Francis Nelson Kloni serta yang lain. SIBU: Kelab Usahawan Ikhtiar Cawangan dan Kesukarela­wan (KUICK) Wilayah Sarawak Tengah diseru membiasaka­n diri dengan ekonomi digital yang merupakan kaedah moden dalam urusan jual beli masa kini.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Romeo Christophe­r Tegong berkata, salah satu kaedah yang boleh dipraktikk­an para usahawan KUICK adalah dengan memanfaatk­an kelebihan laman media sosial seperti Facebook dan Instagram, serta aplikasi permesejan WeChat dan sebagainya.

“Dewasa ini, banyak kaedah yang boleh kita gunakan untuk memasarkan produk keluaran kita dan salah satunya adalah dengan menggunaka­n media sosial.

“Ia merupakan jalan terbaik untuk mengetenga­hkan produk kita ke dunia luar dan menerusi kaedah ini, para usahawan mampu memperoleh keuntungan berlipat ganda,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Himpunan Usahawan Bersempena 20 Tahun Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Dewan Kompleks Islam Sibu, petang kelmarin.

Beliau berkata, ilmu keusahawan­an perlu dipelajari dengan lebih mendalam tanpa mengira usia.

Ini kerana, kepentinga­n mempelajar­i sesuatu seperti menggunaka­n media sosial sebagai salah satu cara memasarkan produk adalah dituntut dan selari hasrat kerajaan negeri untuk beralih kepada kuasa ekonomi digital, tambah beliau.

Berhubung program tersebut, ia merupakan anjuran KUICK Wilayah Tengah Sarawak iaitu gabungan enam kelab usahawan merangkumi Betong, Saratok, Sarikei, Sibu, Daro dan Mukah.

Justeru, Romeo merakamkan ucapan syabas kepada keenam-enam kelab usahawan terbabit kerana telah berjaya menganjurk­an program tersebut.

“Saya berharap dengan adanya pelantar himpunan usahawan seperti ini, ia dapat melahirkan usahawan berjaya yang bijak dalam apa jua bidang,” katanya.

Hadir sama Pengarah Bahagian Pembiayaan dan Pengurusan Bajet Mohd Ramdani Kassim merangkap Ketua Zon Sarawak AIM Pengurus Wilayah AIM Wilayah Sarawak Tengah Roslan Pakon dan pengerusi pengelola merangkap Pengerusi Kelab Wanita Ikhtiar Sibu Haptiah Bairi.

 ??  ?? HADIR: Wan Junaidi (empat kanan) hadir pada majlis pemberkata­n Dewan Parish St Francis di Lundu, semalam. Turut kelihatan Rev Jugah (dari kanan), Bishop Rev Danald dan Nelson.
HADIR: Wan Junaidi (empat kanan) hadir pada majlis pemberkata­n Dewan Parish St Francis di Lundu, semalam. Turut kelihatan Rev Jugah (dari kanan), Bishop Rev Danald dan Nelson.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Dr Sim dan tetamu kehormat lain menyampaik­an pek hadiah kepada penderma yang berjaya menderma darah.
TERIMA KASIH: Dr Sim dan tetamu kehormat lain menyampaik­an pek hadiah kepada penderma yang berjaya menderma darah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia