Utusan Borneo (Sarawak)

Sumbangan Bisaya tetap diiktiraf meskipun hanya golongan minoriti

-

MIRI: Sumbangan masyarakat Bisaya terhadap pembanguna­n negeri dan kestabilan di negara ini diiktiraf meskipun mereka hanya golongan minoriti.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata, masyarakat Bisaya melalui Persatuan Bisaya Sarawak (PBS) Miri aktif dalam mempromosi­kan aktiviti perpaduan dan aktif menyertai pelbagai program anjuran masyarakat berbilang kaum khususnya di Miri.

“Saya berharap kaum Bisaya terus mengekalka­n semangat perpaduan lebih-lebih lagi sebagai kaum minoriti.

“Kaum minoriti harus bersatu dan bekerjasam­a dengan kaum lain,” katanya berucap pada majlis makan malam PBS cawangan Miri di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Dennis dalam pada itu menyeru masyarakat Bisaya terutama dalam kalangan profesiona­l, berpendidi­kan tinggi dan usahawan untuk menyertai persatuan bagi mengukuhka­n suara mereka.

“Anda tidak boleh mengharapk­an orang lain untuk membawa perubahan teru- tama dalam bidang sosioekono­mi dan komuniti.

“Tiada sesiapa yang dapat menolong kecuali bangsa anda sendiri,” katanya.

Beliau turut menekankan pentingnya pendidikan sebagai agen perubahan, sekaligus memastikan kaum Bisaya memenuhi cabaran dan kehendak semasa.

Hadir sama pada majlis tersbeut Pengarah Unit Pentadbira­n di Jabatan Ketua Menteri merangkap presiden PBS Antonio Khati Galis, pengerusi penganjur Dionysius Richard Ellai, pengerusi Persatuan Melanau Miri Alexander Maiyor dan pengerusi persatuan Sikh Miri Narmal Singh.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Dennis (lima kiri) menerima cenderamat­a daripada Antonio.
TERIMA KASIH: Dennis (lima kiri) menerima cenderamat­a daripada Antonio.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia