Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama erat bantu JIM tingkatkan lagi langkah menjaga keselamata­n negara

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mahu setiap peringkat dan bahagianny­a merancang dan merangka program- program yang boleh membantuny­a mengekalka­n persepakat­an dan muafakat dalam menjaga keselamata­n negara.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali juga memberitah­u, dengan kerjasama kukuh yang terjalin antara agensi kerajaan terbabit dan pihak berkaitan termasuk media, ia boleh membantu JIM meningkatk­an lagi langkah menjaga keselamata­n negara bersama agensi terbabit agar tidak mudah diganggu gugat.

Beliau memberitah­u demikian ketika merasmikan perlawanan badminton perpersaha­batan bersama Ketua Pengarah Imigresen Malaysia anjuran JIM Bahagian Miri di pusat sukan King Sport Centre, di Jalan Kuala Baram Bypass dekat Senadin, di sini, semalam, sempena lawatan kerjanya dan rombongan ke Miri.

Mustafar juga mahu program secara kerjasama termasuk sukan dan perlawanan persahabat­an yang melibatkan penyertaan pelbagai pihak termasuk agensi kera-

Jika kita tidak menjadikan ia acara tahunan (JIM), setidak-tidaknya kita jadikan ia program yang dihoskan bergilir agensi kerajaan berkaitan, ke arah kita memupuk kerjasama, kolaborati­f dan kesepakata­n. ” Datuk Seri Mustafar Ali Ketua Pengarah Imigresen Malaysia

jaan dijadikan acara tahunan ke arah usaha tersebut.

“Jika kita tidak menjadikan ia acara tahunan (JIM), setidak-tidaknya kita jadikan ia program yang dihoskan ber- gilir agensi kerajaan berkaitan, ke arah kita memupuk kerjasama, kolaborati­f dan kesepakata­n.

“Bagi anggota JIM pula, program seperti ini adalah gerak kerja mesra kita bersama pelanggan dan pihak agensi kerajaan berkaitan dengan menjadikan­nya satu program kolaborati­f,” tambahnya.

Lebih 40 peserta mengambil bahagian dalam perlawanan badminton persahabat­an itu yang menyaksika­n lima pasukan jemputan terdiri daripada Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, Jabatan Penjara Miri dan pihak media tempatan, di samping pasukan JIM sendiri.

Turut hadir mengiringi Mustafar ialah Pengarah Imigresen Sarawak Ken Leben dan timbalan beliau Hamfatulla­h Syawal Hamdan.

Terdahulu sebelum perlawanan bermula, acara senamrobik sebagai sesi memanaskan badan diadakan.

 ??  ?? PERSAHABAT­AN: Para pegawai JIM dan pemain yang menyertai perlawanan tersebut bergambar kenangan bersama Mustafar (duduk, lima kanan) dan Ken (duduk, empat kanan).
PERSAHABAT­AN: Para pegawai JIM dan pemain yang menyertai perlawanan tersebut bergambar kenangan bersama Mustafar (duduk, lima kanan) dan Ken (duduk, empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia