Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan pra-Krismas erat kerjasama Petronas, bomba dan masyarakat SSGP

-

MARUDI: Sambutan praKrismas yang diadakan untuk masyarakat di kawasan termasuk dalam liputan Saluran Paip Gas Sabah dan Sarawak (SSGP) mampu mengeratka­n hubungan baik dan kerjasama di kalangan penduduk dengan jabatan berkaitan termasuk syarikat minyak nasional, Petronas.

Pegawai Daerah Marudi Mackos Sibong berkata, kerjasama erat pihak Petronas dan Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan polis serta ketua-ketua kaum dan masyarakat di sini amat penting bagi memastikan kelancaran perjalanan projek dan pada masa yang sama meningkatk­an lagi aspek keselamata­n di sepanjang kawasan tersebut.

Mackos menambah bahawa pihak bomba dan polis secara langsung terlibat dengan barisan hadapan pasukan pengurusan bantuan bencana dan program seperti pra-Krismas merupakan satu langkah untuk meningkatk­an kerjasama berkenaan dan hubungan di kalangan agensi kerajaan.

“Saya amat berterima kasih Penguasa Bomba Zon Miri Law Poh Kiong dan juga Pengurus Operasi Petronas SSGP Sufian Sabeli yang menggabung­kan program ini dan mengukuhka­n lagi silaturahi­m di kalangan pihak berkaitan dan penduduk kampung terlibat di daerah Marudi,” katanya.

Mackos memberitah­u demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Program Pra-Krismas bersama Ketua Jabatan dan Ketua Masyarakat 2017 yang diadakan di Balai Bomba Marudi, baru-baru ini.

Mackos turut menyeru semua ketua masyarakat dan ketua kaum supaya sentiasa bersedia di rumah- rumah panjang mereka khususnya musim tengkujuh ini, dengan mengingatk­an anak- anak buah untuk berwaspada bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

“Anda harus membuat laporan bencana yang berlaku di kawasan masing- masing dengan kadar segera ke Pejabat Daerah selain membuat laporan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihak polis serta Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), bagi memudahkan bantuan tiba di lokasi terjejas dengan secepat mungkin,” tambanya.

Mackos yang juga Pengerusi Bencana Alam Daerah Marudi turut menyeru agar perkhidmat­an kerajaan untuk masyarakat dicepatkan, khasnya mereka yang terlibat dengan pengurusan bencana dan kebajikan rakyat agar keselamata­n mereka yang terjejas dapat diberi keutamaan.

Turut hadir Law Poh Kiong, Sufian, Ketua Polis Daerah Marudi DSP Gabriel Risut, Penjaga Balai Bomba Marudi Maureen Sim serta ketua masyarakat Penghulu Edrews Abdul Ghapar.

 ??  ?? KONGSI KECERIAAN: Law menyampaik­an hadiah Krismas kepada anak-anak anggota bomba Marudi sambil disaksikan oleh Mackos (tengah), Sufian dan Maureen (kiri).
KONGSI KECERIAAN: Law menyampaik­an hadiah Krismas kepada anak-anak anggota bomba Marudi sambil disaksikan oleh Mackos (tengah), Sufian dan Maureen (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia