Utusan Borneo (Sarawak)

Pemantauan elak anak terjerumus dadah: Teo

-

SIBU: Ibu bapa digesa supaya mengawasi aktiviti anak-anak mereka agar tidak terjebak dengan gejala tidak sihat terutamany­a penyalahgu­naan dadah.

Naib Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) Wilayah Tengah Kaunselor (Kr) Teo Boon Siew berkata, peranan ibu bapa amat penting dalam memastikan anak- anak terhindar daripada najis dadah yang boleh memusnahka­n masa depan mereka.

“Kita harus lebih berjagajag­a apabila mereka (anakanak) mula memasuki sekolah menengah kerana pada peringkat ini mereka mudah terpengaru­h dengan hasutan dan galakan rakan-rakan.

“Pada masa sekarang, gejala dadah boleh berlaku di manamana sahaja, dan oleh sebab itu kita sebagai ibu bapa harus lebih tegas dalam mengawasi setiap gerak-geri anak-anak kita,” tegas beliau yang juga kaunselor Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) semasa berucap merasmikan Pameran Jualan dan Festival Krismas 2017 di Lapangan Terbang Lama Sibu, malam kelmarin.

Pameran sejak 1 Disember yang berakhir pada 30 Disember itu anjuran julung kali Unit Pemuda dan Wanita PDP Wilayah Tengah.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati ibu bapa supaya tidak terlalu memanjakan anak-anak mereka kerana perbuatan ini boleh menyebabka­n anak menjadi degil.

“Sayang anak boleh, tetapi jangan terlalu dimanjakan kerana jika tidak dikawal, mereka akan menjadi degil dan tidak menghormat­i orang yang lebih tua,” katanya.

Menyentuh mengenai pameran itu, Boon berkata, ia salah satu inisiatif PDP untuk menyediaka­n aktiviti riadah musim cuti sekolah kepada masyarakat umum di Sibu.

Kata beliau, ibu bapa boleh meluangkan masa cuti sekolah bersama anak-anak dengan berkunjung ke pameran jualan dan pesta dekat sini yang menyediaka­n pelbagai jenis permainan dan aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga.

“PDP adalah parti untuk semua, dan kita akan menyumbang kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik mereka,” katanya.

Hadir sama ialah Pengerusi PDP Wilayah Tengah Datuk Lau Cheng Kiong dan pengerusi penganjur Kr Teo Ming Lung. MARUDI: Seramai 58 kanakkanak pelbagai kaum menyertai Program Berkhatan Perdana di Hospital Marudi di sini, baru-baru ini.

Program anjuran bersama Hospital Marudi dan Persatuan Kebajikan Islam Perubatan (PERKIP) Sarawak Cawangan Marudi itu dirasmikan Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil yang amat menggalakk­an program seumpama itu diadakan untuk memberi peluang ibu bapa menghantar anak-anak mereka.

Majoriti kanak-kanak yang terlibat adalah Melayu, manakala 18 lagi Iban dan dua Cina.

Penguang yang turut tertarik dengan program tersebut kerana melibatkan pelbagai kaum, menyifatka­nnya sebagai sesuatu yang amat baik dan wajar dianjurkan secara besar-besaran pada tahun depan dengan lebih ramai lagi peserta.

Sebagai simbolik perasmian, Penguang kemudian menyiram para peserta dengan air dari jentera bomba, sebelum para peserta mulai dikhatanka­n.

Turut hadir menyaksika­n perasmian program Pengarah Hospital Marudi Dr Wong Song Yew, pegawai tadbir (SAO) Nancy Abau dan ketua masyarakat Penghulu Edrews Abdul Ghapar.

 ??  ?? BERSEDIA: Pasukan ERT Kompleks Islam Miri bersedia menghadapi sebarang situasi kebakaran setelah menjalani latihan dan praktikal.
BERSEDIA: Pasukan ERT Kompleks Islam Miri bersedia menghadapi sebarang situasi kebakaran setelah menjalani latihan dan praktikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia