Utusan Borneo (Sarawak)

5,000 pengunjung meriahkan Karnival Bermukun Mukah 2017

-

MUKAH: Sekitar 5,000 pengunjung dari serata Sarawak memeriahka­n Karnival Bermukun Mukah 2017 yang berlangsun­g tiga hari di Dataran Pehin Setia Raja Mukah.

Bermula 14 November, karnival berkenaan melabuhkan tirainya semalam.

Selain acara utama iaitu bermukun atau bergendang yang diadakan pada sebelah malam, terdapat acara lain seperti gerai jualan dan aktiviti sukan serta permainan dan persembaha­n pentas pada sebelah siang.

Untuk pertanding­an bermukun berkumpula­n, Warisan Budaya muncul juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta piala diikuti Sri Kenyalang Nang Rindok mendapat wang tunai RM2,00 serta piala, manakala tempat ketiga dimenangi Dewa-Dewi Oya/ Dalat yang menerima wang tunai RM1,000 serta piala.

Hadiah Khas Seh Gendang Terbaik dirangkul oleh Kumpulan Seri Budaya Mukah, Pemukun Lelaki Terbaik Sri Kenyalang Nang Rindok, manakala Busana/ Pakaian Terbaik dimenangi oleh Seroja N82 Limbang yang masing-masing menerima RM200 serta piala.

Untuk kategori bermukun kumpulan berpasanga­n terbuka pula, ia dimenangi oleh Jula-Juli yang meraih hadiah RM2,000 berserta piala, diikuti Budaya Sarawak yang menerima RM1,000 serta piala, manakala tempat ketiga dimenangi Kari Siyau yang mendapat RM800 serta piala.

Hadiah Khas Pemantun/ Penandak Terbaik pula dimenangi oleh Fajar Menyinsing dan Pakaian Terbaik dimenangi oleh Budaya Sarawak yang masing-masing menerima hadiah wang tunai RM200 serta piala.

Malam terakhir Karvival Bermukun Mukah 2017 turut menyaksika­n cabutan bertuah hadiah utama dua motosikal empat lejang di samping hadiah-hadiah cabutan bertuah lain.

Turut hadir sekali gus menyampaik­an hadiah kepada pemenang dan hadiah utama cabutan bertuah ialah Ahli Dewan Undangan Negri (ADUN) Tellian Yussibnosh Balo, Residen Mukah Awang Johari Awang Mustapha selaku pengerusi penganjur karnival, Timbalan Residen Jack Aman Luat, Pegawai Daerah Mukah Safri Saili dan Ketua Masyarakat Mukah Temenggung Hendy Suhai.

 ??  ?? TAHNIAH: Kumpulan Warisan Budaya ketika dinobatkan johan pada malam berkenaan.
TAHNIAH: Kumpulan Warisan Budaya ketika dinobatkan johan pada malam berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia