Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha halalkan dadah dilihat sebagai di luar norma kemanusiaa­n

-

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan tunduk terhadap sebarang resolusi untuk menghalalk­an penggunaan dadah jika diluluskan manamana badan antarabang­sa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebarang usaha untuk menghalalk­an penggunaan dadah dilihat sebagai di luar norma kemanusiaa­n kerana penyalahgu­naan bahan itu mengundang pelbagai masalah sosial dan jenayah.

“Kerajaan Malaysia tidak akan berkomprom­i walaupun ada resolusi yang dibuat badan-badan antarabang­sa untuk menghalalk­an penggunaan dadah berbahaya.

“Kerajaan berpendiri­an bahawa selagi penagihan dadah tidak dihapuskan 100 peratus maka selagi itulah permasalah­an sosial melalui penagihan dadah dan perlakuan jenayah disebabkan oleh penagihan dadah ini berlaku,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpuna­n Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) ke-42, di sini semalam.

Katanya, bagi menangani masalah penyalahgu­naan dadah, Malaysia lebih menggunaka­n pendekatan holistik dengan menumpukan kepada usaha pembantera­san aktiviti penyeludup­an, pengedaran dan pengeluara­nnya.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kerajaan turut menekankan kepada aspek pemulihan kepada penagih dadah selain penerapan unsur keagamaan ke dalam diri mereka.

Beberapa negara Eropah dan Amerika Selatan dilaporkan telah mengemukak­an cadangan kepada PBB supaya mengeluark­an resolusi untuk

Kerajaan berpendiri­an bahawa selagi penagihan dadah tidak dihapuskan 100 peratus maka selagi itulah permasalah­an sosial melalui penagihan dadah dan perlakuan jenayah disebabkan oleh penagihan dadah ini berlaku. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

membenarka­n penggunaan dadah secara persendiri­an.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau turut menggesa agensi penguatkua­saan dan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) berkaitan untuk bekerjasam­a mengenal pasti pendekatan yang lebih holistik bagi menangani aktiviti penghasila­n dan pengedaran dadah seterusnya membasmi kes penyalahgu­naan bahan itu.

Katanya, langkah itu berikutan perubahan dalam aktiviti jenayah itu yang kini telah beralih kepada penghasila­n dan pengedaran dadah sintetik yang sukar dikesan dan lebih memudaratk­an berbanding dadah konvension­al seperti ganja, heroin dan morfin.

Dalam pada itu beliau turut mengakui bahawa usaha membasmi penyalahgu­naan dadah sehingga kini masih tidak berjaya walaupun pelbagai usaha telah dilakukan dan banyak peruntukka­n telah dibelanjak­an.

Menurut beliau, salah satu faktor menyebabka­n kegaga- lan itu adalah kerana permasalah­an itu diletakkan di bahu kerajaan semata-mata sedangkan usaha perlu dilakukan secara bersama oleh pelbagai pihak termasuk institusi keluarga dan masyarakat.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumka­n peruntukan tahunan sebanyak RM10 juta kepada Pemadam dan NGO (masing-masing RM5 juta) bagi menjalanka­n usaha-usaha mengurangk­an gelaja penyalahgu­naan dadah.

Beliau berkata peruntukan itu akan disalurkan menerusi Agensi Antidadah Kebangsaan ( AADK) di bawah Kementeria­n Dalam Negeri sebelum diagihkan kepada NGO berkenaan mulai tahun hadapan.

“Semoga dengan peruntukka­n RM10 juta ini akan dapat digunakan sepenuhnya dan saya mahu lihat penurunan 50 peratus kes penagihan dadah pada tahun hadapan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIBA: Najib disambut Tilak (kanan) sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Bandaranai­ke semalam. Turut hadir, isterinya Rosmah.
— Gambar Bernama TIBA: Najib disambut Tilak (kanan) sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Bandaranai­ke semalam. Turut hadir, isterinya Rosmah.
 ?? — Gambar Bernama ?? TEGAS: Ahmad Zahid ketika menyampaik­an ucapan perasmian pada Majlis Perasmian Perhimpuna­n Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) kali ke-42 di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.
— Gambar Bernama TEGAS: Ahmad Zahid ketika menyampaik­an ucapan perasmian pada Majlis Perasmian Perhimpuna­n Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) kali ke-42 di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia