Utusan Borneo (Sarawak)

Sukarelawa­n WUF9 perlu memiliki semangat kerja berpasukan tinggi: Noh

-

PUTRAJAYA: Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar mengingatk­an sukarelawa­n World Urban Forum 9 (WUF9) yang akan diadakan pada Februari depan agar memupuk semangat kerja berpasukan yang tinggi untuk memastikan kejayaan penganjura­n acara itu.

Beliau juga mahu sukarelawa­n terbabit mempunyai semangat juang yang tinggi memandangk­an WUF9 Kuala Lumpur dijangka disertai oleh 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

“Etika dan jati diri yang baik perlu dikekalkan dalam mencermink­an imej negara di persada antarabang­sa,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n bersempena program latihan intensif sehari ‘WUF9, Volunteers Ambassador Camp’, di kementeria­n berkenaan, di sini semalam.

Noh berkata, sukarelawa­n WUF9 merupakan harapan dan duta sukarelawa­n negara pada acara yang bakal berlangsun­g dari 7 hingga 13 Feb ruari depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu.

Lebih 400 sukarelawa­n WUF9 menghadiri program berkenaan.

Penganjura­n WUF9 di Kuala Lumpur merupakan kali kedua di benua Asia selepas Nanjing, China menjadi tuan rumah pada 2008.

World Urban Forum merupakan persidanga­n dwitahunan terbesar dunia mengenai isu urbanisasi.

Antara bandar raya yang pernah menjadi tuan rumah WUF ini ialah Nairobi (Kenya), Barcelona (Sepanyol), Vancouver (Kanada), Rio de Janeiro (Brazil) dan Naples (Itali). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia